Selasa, Disember 29, 2009
Youtube.com dan Kickboxing
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Tunggu apa lagi?
Aku ingat lagi semasa aku masih kemaruk berlatih Kickboxing di studio, aku akan datang ke studio berlatih menumbuk dan menendang beg beberapa jam sendirian. Hanya aku, pemain cakera padat, beg berat, dan beberapa peralatan lain yang menemani aku berlatih.
Tapi, apa yang buat aku bersemangat sangat hendak berlatih? Kalau anda hendak tahu, salah satu jawapannya adalah melawat laman video Youtube.com :-)
Youtube.com menjadi salah satu sumber inspirasi dan sumber maklumat penting tentang Kickboxing. Bermacam-macam maklumat berkaitan Kickboxing seperti acara-acara menarik dan terkini, personaliti sukan dan teknik-teknik yang mereka gunakan.
Sebelum aku terjebak dengan demam Facebook, aku dijangkiti demam Youtube buat sekian lama. Demamnya masih belum hilang lagi sebenarnya. Cuma ianya menjadi sedikit lengai kebelakangan ini.
Ada beberapa video yang sering membuat aku menjadi begitu bersemangat untuk berlatih selepas menontonnya. Salah satu video yang paling berkesan menaikkan semangat Kickboxing aku ialah video kemuncak Ramon 'The Diamond' Dekkers yang dimainkan bersama lagu Eminem sebagai muzik latar. Menonton video ini membuat jantung aku berdegup kencang dan tak sabar untuk bangun awal pagi esoknya untuk berlari beberapa kilometer sebelum memulakan latihan menendang dan menumbuk beg berat di studio Kickboxing sehinggalah aku tidak berdaya mengangkat kaki dan tangan aku lagi.
Bagaimana? Adakah anda mendapat kesan yang sama sebagaimana yang aku rasa?
Semoga tahun 2010 yang mendatang membawa azam baru dan semangat baru yang telah seketika agak merundum buat aku. Semoga video ini dan video-video Kickboxing lain di Youtube dapat membantu menaikkan kembali semangat anda ke arah yang sama seperti yang aku harapkan buat diri aku sendiri.
Selamat berjuang!
Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Pelindung Gusi.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
Labels:
Eminem,
Kickboxing,
Ramon Dekkers,
Youtube,
Youtube.com
Khamis, Disember 24, 2009
Hayunan Kaki Wanita
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Jangan tunggu lagi!
Pada hari Jumaat lepas, enam orang wanita berumur diantara 18 sehingga 30 tahun telah melepaskan sejumlah 3600 tendangan diantara jam 2 petang sehingga 10 malam dalam satu percubaan peringkat awal untuk memecahkan rekod-rekod jumlah tendangan yang telah dilakukan sebelum ini yang pernah dicatatkan di Malaysian Books of Records.
Kesemua wanita yang terlibat dalam percubaan ini telah menampakkan semangat juang yang tinggi dan tidak mengalah. Kejayaan mereka juga telah didorong oleh rakan-rakan sepelatih yang telah membantu dari segi masa, tenaga, sokongan moral dan teknik tendangan.
Dari Album Foto Saturnspider
Kickboxing Jom! mengucapkan syabas diatas kejayaan awal mereka. Tingkatkan semangat dan gandakan usaha kalian. Semoga rekod tendangan baru Malaysia mahupun Dunia bakal dipecahkan dengan jaya dan penuh gemilang.
Nantikan hayunan kaki wanita-wanita ini yang bakal menggegarkan tahun 2010 nanti!
Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Pelindung Gusi.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
Ahad, Disember 20, 2009
Denggi, Kickboxing dan Maria Gadis Koptik
Jualan Akhir Tahun! Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang!
Kebelakangan ini, aku lihat, siaran televisyen sering menyiarkan pesanan khidmat masyarakat tentang ancaman Denggi. Jadi, apabila amaran telah dikeluarkan, kita hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menghapuskan ancaman ini sebelum terlambat. Tempat-tempat yang mungkin menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes hendaklah dibersihkan sebelum ianya menjadi ancaman terhadap kesihatan.
Baru-baru ini ada juga seorang kawan bertanya tentang tanda-tanda denggi, kerana dia mengesyaki yang dirinya telah dijangkiti. Nasib baik dia hanya kena demam biasa sahaja. Aku sebenarnya panik juga apabila kawan aku suspek dirinya dijangkiti kerana aku tahu bagaimana rasanya menghidap demam Denggi. Sengsara.
Kejadian itu berlaku antara bulan Mei dan Jun 2008, tidak silap aku. Aku tidak berapa ingat bagaimana ianya berlaku. Pada satu malam, aku badan aku rasa menggigil dengan teruk. Demam panas, sakit otot dan sendi, cirit birit, muntah-muntah dan menggigil teruk. Memang malam itu, terlintas di fikiran yang ajal bakal menjemput. Begitulah rasanya. Sehinggakan, tiba-tiba, antara sedar dengan tidak, nyata dan mimpi, aku bagaikan terdengar suara memberitahu aku yang aku diberi satu lagi peluang. Jangan sia-siakan.
Alhamdulillah, pagi itu aku sedar dari tidur. Kepala aku terasa sakit yang amat sangat. Aku paksa diri aku untuk bangun untuk mendapatkan rawatan di klinik di bangunan pejabat tempat aku bekerja. Ketika mendapat rawatan, Doktor mengatakan suhu badan aku sangat tinggi. Kesakitan kepala melampau yang aku alami membuatkan aku tidak sedar yang suhu badan aku sudah sangat tinggi. Doktor juga memberitahu aku tentang bintik-bintik merah yang kelihatan di badan aku. Doktor mengesyaki aku menghidap penyakit denggi dan mengarahkan aku untuk segera membuat ujian darah di SJMC.
Aku membuat ujian darah di SJMC dan hanya disahkan menghidap Denggi beberapa minggu setelah berulangkali membuat ujian darah di sana. Ada baiknya juga kerana, aku tidak perlu dimasukkan ke wad. Nasib baik juga bil perubatan aku dibiayai sepenuhnya oleh syarikat. Kalau tidak, memang aku tidak mampu membiayai kos rawatan aku sendiri. Aku bersyukur.
Semasa aku dijangkiti, aku dinasihatkan oleh Doktor di SJMC untuk berehat dan tidak melakukan apa-apa aktiviti yang berat dan intensif. Ketika itu, aku sudah setahun menjalani latihan kickboxing dan aku dah masuk fasa kemaruk kickboxing. Tapi apa kan daya. Aku memang tidak berdaya. Tiada kudrat dan kekuatan langsung walaupun untuk berjalan keluar untuk makan. Aku rasa, aku ambil masa lebih daripada sebulan sebelum aku dapat menjalankan latihan seperti biasa.
Aku juga teringat selepas mendapatkan rawatan awal di SJMC, aku perlu kembali ke pejabat untuk menyerahkan laporan Doktor SJMC kepada Doktor di pejabat, dan menyerahkan surat MC kepada majikan aku. Setelah itu, dalam perjalanan pulang, aku singgah di kedai buku Popular untuk membeli sebuah novel cinta Islami yang bertajuk Ayat-Ayat Cinta karangan Habiburrahman El Syirazy. Aku fikir, memandangkan aku mendapat cuti sakit yang lama, ada baiknya aku luangkan masa membaca novel yang masa itu sering diiklankan di kaca tv.
Aku mengambil masa dua hari untuk menghabiskan novel itu. Memang sebuah karya yang hebat dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam diri aku. Sampai sekarang, aku masih teringat-ingat perbualan fiksyen antara Maryam Alaihissalam dengan Maria gadis Koptik di hadapan pintu syurga, Babur Rahmah. Terlalu sayu. Kenapa? Bacalah sendiri. Ya. Kickboxer juga punya perasaan. Walaupun karya ini telah difilemkan, aku sarankan anda menghayati cerita ini melalui novel. Pada pendapat aku, ianya berjuta kali lebih baik daripada menonton filem. Sangat menyentuh jiwa.
Dipendekkan cerita, ambil tindakan cepat untuk menghapuskan tempat pembiakan Aedes. Sibuk dan tiada masa? Bulan ini dah tertulis, cuti setiap hari Jumaat. Jadi, ada masa lebih untuk anda mengambil tindakan sewajarnya. Tiada Aedes, Tiada Denggi. Janganlah sampai dijangkiti Denggi kerana akibatnya, merana dan tidak dapat berlatih Kickboxing untuk tempoh masa yang lama. Tapi, sekiranya ditakdirkan anda dijangkiti juga, aku sarankan anda gunakan masa yang terluang untuk membaca novel karya Habiburrahman El Shirazy bertajuk Ayat-Ayat Cinta. Sebuah karya hebat novel pembangun jiwa yang pasti meninggalkan kesan yang mendalam pada diri anda. Sediakan sekotak tisu hampir dengan anda kerana air mata bakal berlinangan.
Semoga anda selamat sentiasa.
Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Pelindung Gusi.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
Labels:
aedes,
Ayat-Ayat Cinta,
denggi,
Habiburrahman El Shirazy,
kickboxer,
Kickboxing
Rabu, Disember 16, 2009
Permainan Online Muay Thai
Beberapa hari ini aku agak sibuk di tempat kerja. Kerja aku menganimasikan elemen grafik yang direka oleh pereka grafik berdasarkan papan cerita yang disediakan untuk menghasilkan montaj rancangan di stesen televisen tempatan. Projek kali ini adalah sebuah rancangan sukan. Jadi, kelam kabut la sedikit hidup aku minggu ini kerana mengejar deadline yang begitu singkat kerana proses produksi kreatif yang barangkali tersangkut di peringkat mendapatkan kelulusan dari beberapa pihak seperti bahagian produksi dan bahagian penjenamaan, sebelum ianya sampai ke atas meja aku.
Jadi sepanjang hari di tempat kerja aku menumpukan perhatian penuh untuk menyiapkan tugasan aku. Tetapi, ketika proses Rendering, proses akhir menjanakan fail animasi untuk disiarkan, aku memang tidak dapat menggunakan mesin aku untuk projek atau tugasan lain. Jadi ada baiknya aku merehatkan minda dan melakukan proses detoksifikasi minda dengan bermain permainan online Muay Thai Kickboxing!
Kekunci asas kedua-dua versi permainan ini agak mudah, Z untuk pertahanan, X untuk Tumbukan dan C untuk Tendangan.
Satu hari nanti, sekiranya aku terpaksa membuat kerja lebih masa kerana mengejar deadline (minta dijauhkan), aku kini punya alternatif sementara untuk hari aku tidak dapat mengikuti latihan Kickboxing di studio, iaitu latihan Muay Thai jari-jemari dengan permainan online Muay Thai. Terima kasih kepada FreeOnlineGames.com.
Amaran! Tempoh sah penggunaan permainan online ini sebagai alternatif sementara latihan kickboxing ialah untuk satu malam sahaja. Jangan melebihi dos yang disarankan. Dikhuatiri mengakibatkan kemalasan berpanjangan.
Tunggu apa lagi? Cuba uji kemahiran anda dan sila kongsi pendapat dan mata markah yang anda berjaya perolehi melalui kotak komen dibawah.
Selamat Mencuba!
Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Pelindung Gusi
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
Jadi sepanjang hari di tempat kerja aku menumpukan perhatian penuh untuk menyiapkan tugasan aku. Tetapi, ketika proses Rendering, proses akhir menjanakan fail animasi untuk disiarkan, aku memang tidak dapat menggunakan mesin aku untuk projek atau tugasan lain. Jadi ada baiknya aku merehatkan minda dan melakukan proses detoksifikasi minda dengan bermain permainan online Muay Thai Kickboxing!
Permainan Muay Thai versi di atas, aku main di pejabat. Karakter permainan kelihatan seperti makhluk asing dan rasaksa. Tetapi permainannya tetap layan!
Di rumah pula, aku cuba permainan Muay Thai versi yang kedua diatas. Karakter lebih berupa manusia dan diselitkan juga irama Muay Thai sebagai muzik latar permainan. Aku rasa permainan versi baru ini kurang responsif pada kekunci yang aku tekan semasa dalam permainan. Mungkin aku patut cuba lagi di pejabat nanti. ;-)
Kekunci asas kedua-dua versi permainan ini agak mudah, Z untuk pertahanan, X untuk Tumbukan dan C untuk Tendangan.
Satu hari nanti, sekiranya aku terpaksa membuat kerja lebih masa kerana mengejar deadline (minta dijauhkan), aku kini punya alternatif sementara untuk hari aku tidak dapat mengikuti latihan Kickboxing di studio, iaitu latihan Muay Thai jari-jemari dengan permainan online Muay Thai. Terima kasih kepada FreeOnlineGames.com.
Amaran! Tempoh sah penggunaan permainan online ini sebagai alternatif sementara latihan kickboxing ialah untuk satu malam sahaja. Jangan melebihi dos yang disarankan. Dikhuatiri mengakibatkan kemalasan berpanjangan.
Tunggu apa lagi? Cuba uji kemahiran anda dan sila kongsi pendapat dan mata markah yang anda berjaya perolehi melalui kotak komen dibawah.
Selamat Mencuba!
Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Pelindung Gusi
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
Khamis, Disember 10, 2009
Doa Buat Sang Peragut
Tengah hari semalam, ketika menikmati makan tengah hari, aku terbaca berita di surat khabar mengenai pasangan suami isteri yang menjadi mangsa jenayah ragut. Pasangan itu, yang baru pulang dari membeli sebuah anak patung untuk anak perempuan mereka yang berusia 15 bulan, telah diekori oleh sebuah motor yang dinaiki dua orang penjenayah ragut.
Dua peragut yang mengekori motorsikal pasangan itu kemudiannya merampas rantai leher si isteri sambil menendang motorsikal pasangan itu menyebabkan si suami hilang kawalan dan mengalami kemalangan. Si isteri yang tecampak kedalam sebuah parit dan berada dalam keadaan separuh sedar telah melihat si suami dalam keadaan terbaring tidak bermaya di jalan raya, mengambil nafas yang terakhir dan akhirnya tidak bergerak lagi. Si suami terkoban di depan si isteri, dan si isteri, ketika dirawat di hospital melahirkan kekecewaan yang amat sangat kerana tidak dapat menghadiri pengebumian suaminya yang tercinta.
Sebelum aku terbaca berita itu, aku sedang seronok kerana dapat menikmati makanan tengah hari yang berharga RM1.50. Tetapi, ketika sedang membaca berita itu, keseronokan itu telah bertukar menjadi kesedihan dan kemarahan yang membuak-buak. Aku paksa juga diri aku untuk menghabiskan makanan tengah hari aku itu walaupun makanan itu sebenarnya tidak banyak mana.
Wahai Sang Peragut. Kau memang tidak berhati perut. Kau tidak puas dengan meragut seutas rantai, kau ragut juga nyawa seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang dari membeli hadiah buat anak yang dikasihinya. Kau ragut kasih seorang suami dari isterinya. Dan kau ragut nyawa seorang ayah, tempat bergantung harapan seorang anak kecil. Sememangnya hanya satu sahaja yang aku harap akan berlaku kepada kamu. Kecelakaan dan kematian yang paling menyeksakan untuk kau secepat mungkin.
Tapi, aku ubah fikiran. Aku tidak mahu mendoakan kematian kau yang paling menyeksakan walaupun kamu menemui ajal digilis keretapi yang paling panjang di dunia.
Aku doakan semoga kau dikurniakan umur yang panjang bersama ibubapa, anak, cucu dan keluarga yang kau cintai. Tetapi aku doakan agar setiap malam, sepanjang hidup kau, kau akan terbangun dari mimpi ngeri yang kau mati dalam jenayah ragut, dan aku berdoa agar setiap satu daripada ahli keluarga yang kau sayangi mati terbunuh akibat jenayah ragut, di hadapan mata kau sendiri.
Inilah doa salah seorang daripada ramai rakyat Malaysia yang telah membaca berita yang menyayat hati ini. Buat keluarga mangsa, salam takziah aku ucapkan. Semoga roh yang pergi dicucuri rahmat dan tempatnya berada di samping orang-orang yang beriman.
Al Fatihah.

Ahad, Disember 06, 2009
Jenayah Belakang Studio Kickboxing
Aku teringat sekitar November 2007, aku telah menjadi mangsa jenayah. Tetapi jenayah apa, aku pun tak pasti nak kategorikan sebagai jenayah apa, samada kecurian biasa ataupun jenayah ragut. Aku tidak melaporkan jenayah ini ke pihak berkuasa.
Hari itu aku rasa ada kena mengena dengan cuti Deepavali. Barangkali esoknya adalah hari perayaan festival cahaya itu. Yang aku ingat, malam itu, aku perlu pergi menyiapkan sedikit kerja promo berkaitan rancangan yang bakal ditayangkan di stesen siaran bersama seorang Akak produser di pejabat. Haihh.. memang aku tak gemar kerja lebih masa kerana ia mengganggu jadual latihan kickboxing aku. Masa itu, aku memang mengalami kemaruk kickboxing. Kerja lebih masa hanya akan membuatkan aku mengalami risiko kemurungan. Aku beritahu pada Akak produser yang aku akan kembali ke pejabat pada tengah malam. Dia pun, pada hari itu bekerja pada syif malam.
Jadi, malam itu, aku berlatih seperti biasa. Seronok dan lega kerana dapat berlatih Kickboxing seperti biasa. Ketagihan aku terhadap Kickboxing dapat dipuaskan malam itu. Setelah habis latihan, aku berjalan ke kereta aku yang aku letak di lorong belakang studio bersama seorang rakan Kickboxing bernama Mal untuk menumpangkan dia untuk ke keretanya sebelum pulang ke destinasi masing-masing.
Apabila aku masuk kedalam kereta, dan menghidupkan enjin, aku terasa bagaikan sesuatu sedang berlaku dibelakang aku. Aku toleh kebelakang dan melihat pintu belakang kereta aku dibuka. Seorang lelaki bertopi keledar telah membukanya lalu mencapai beg peralatan Kickboxing aku. Aku masih tidak pasti apa yang sedang berlaku. Aku mengambil masa 2 saat untuk otak aku memproses kejadian itu dan setelah itu, baru aku sedar, beg aku sedang dicuri dihadapan mata aku.
Lelaki itu pun terus bergegas ke motor yang sedang menunggu. Beliau yang membonceng telah melompat ke atas motor itu dan penunggang yang membawa motor itu terus memulas pemegang minyak untuk beredar dari situ. Aku yang hanya mahukan beg aku kembali sempat menjerit "HOI! HOI!" dan berjaya mengejar dan menggenggam sambil cuba menarik beg aku. Tetapi aku tidak berjaya untuk melepaskan beg aku daripada genggaman penjenayah itu. Dalam keadaan motor itu sedang bergerak dan barangkali penjenayah itu sekadar melepaskan atau merendahkan beg aku sedikit, aku mendapati diri aku ketika itu telahpun berada di atas jalan raya dan sedang diseret sepanjang beberapa puluh meter.
Sepanjang aku diseret, aku dapat melihat rakan aku itu masih di dalam kereta dan sekadar melihat kejadian yang menimpa aku dari situ. Bila aku toleh kehadapan pula, aku lihat sebuah lori sedang begerak menuju aku. Oleh kerana aku tidak ingin berada dibawah tayar lori yang sudah pasti sangat menyakitkan dan kemungkinan menghantar aku ke alam lain, aku pun melepaskan genggaman aku pada beg aku itu. Aku bangun, berdiri dan melihat motor dan penjenayah-penjenayah itu pergi dari situ. Aku dapat melihat pembonceng itu menoleh ke belakang dan matanya kelihatan terkejut. Barangkali kerana rambutku yang terlalu panjang ketika itu, dia mengagak mangsanya malam itu adalah seorang Akak dan kerjanya malam itu sepatutnya selesai dalam beberapa detik masa tanpa banyak masalah.
Ketika aku bangun dari jatuh, aku bangun dengan tenang, barangkali sedikit tersenyum mengenangkan yang penjenayah itu bernasib baik kerana berjaya melepaskan diri. Sekiranya tidak, tidak dapat aku bayangkan apa yang bakal berlaku pada salah seorang, atau kedua-dua mereka. Aku dapat rasakan yang aku berada dalam keadaan tidak panik, tidak marah dan jantung aku berada dalam keadaan yang sangat normal. Aku pasti ini adalah hasil latihan intensif kickboxing yang aku telah lalui selama 6 bulan ketika itu.
Aku juga bersyukur kerana aku tidak cedera teruk, setakat luka dan calar di permukaan kulit, seluar yang koyak di bahagian lutut dan kocek, dan alat kawalan jauh kereta aku yang telah musnah dengan isinya yang telah hilang buat selama-lamanya. Yang hilang juga hanyalah beg latihan aku yang berisi baju busuk yang lencun dengan peluh aku yang berbau masam, dan peralatan lain seperti pelindung kemaluan aku yang paling harum dalam dunia. Simpati aku kepada mereka kerana kerja mereka yang sia-sia. Mencuri itu kerja sia-sia, tetapi mencuri baju busuk dan pelindung kemaluan aku yang lembap dengan peluh dan penuh hormon feromon itu lagi lah sia-sia. Aku berharap, akibat kecewaan dan malu digelakkan rakan-rakan pencuri mereka, mereka terus tunduk dan sujud bertaubat ke hadrat Ilahi dan bersumpah laknat tidak akan melakukan kerja terkutuk itu lagi.
Aku juga bersyukur kerana aku tewas pada ujian pertama aku. Sekiranya aku berjaya, aku mungkin berasa angkuh dan hebat kerana kejayaan aku menumpaskan penjenayah tersebut. Sekiranya aku berjaya, aku mungkin mengambil tindakan melampaui batas yang tidak sepadan dengan jenayah kecil mereka. Dan disebaliknya, apa yang perlu penjenayah itu lakukan untuk melepaskan genggaman aku daripada beg aku hanyalah menikam leher aku yang berada hampir padanya dengan senjata tajam. Sekiranya dia bersenjata berakhirlah riwayat aku di lorong gelap belakang studio Kickboxing pada malam itu. Aku bersyukur.
Dalam analisis ringkas aku tentang kejadian tersebut, sekiranya ia berulang lagi, aku perlulah mengambil tubuh penjenayah itu, seperti tengkuknya, sebagai sasaran dan cuba menjatuhkan dia, bukan sekadar cuba mendapatkan beg aku kembali. Aku jatuh kerana aku hanya mahukan beg aku kembali. Selain itu, aku perlu sensitif terhadap persekitaran aku, tidak leka, dan setelah masuk kedalam kereta, aku mesti terus mengunci pintu kereta aku. Inilah langkah yang aku ambil sekarang setiap kali memasuki kenderaan kerana aku tidak ingin pisang berbuah dua kali.
Mal yang hanya melihat aku diseret dari dalam kenderaan aku, sekurang-kurangnya melaksanakan tugas seorang rakan dengan menyapu iodin yang sentiasa tersimpan didalam keretanya. Terima kasih aku ucapkan kepadanya sebelum kami mengambil haluan masing-masing. Aku pun bergerak menuju ke pejabat untuk menyambung kerja.
Akak produser yang menunggu aku berasa lega kerana aku datang juga dalam keadaan itu untuk menyiapkan kerja. Aku barangkali menyiapkan kerja aku dalam tempoh satu jam dan pulang sekitar jam 1 pagi.
Aku hanya mendapat rawatan doktor beberapa hari setelah kejadian kerana aku lebih selesa untuk ke klinik di pejabat, yang buka pada hari bekerja. Sementara menunggu hari kerja, aku hanya duduk dirumah mencuci luka, menyapu iodin dan berehat menonton TV. Apabila aku berjumpa doktor pada hari kerja berikutnya, doktor mencuci luka aku lagi sambil meleteri aku kerana mengambil tindakan yang membahayakan diri.
"Tapi Doktor, aku cuma mahukan beg aku kembali. Itu saja." Aku menerangkan pada beliau.
Doktor Rohaya hanya mampu mengeluh sambil memasangkan balutan pada luka-luka aku.
Kisah ini pula menjadi bahan lawak pada rakan Kickboxing yang lain untuk beberapa ketika kerana mereka sangat pasti penjenayah itu tersilap sasaran dan menyangka aku seorang Akak kerana rambut aku yang panjang.
Tidak mengapalah. Biar kejadian itu menjadi iktibar bagi mereka. Malam itu, aku cuma mahukan beg aku kembali. Itu sahaja.

Rabu, Disember 02, 2009
Tendangan Croco
Sepak Layang kata orang Melayu, Roundhouse Kick kata orang Putih, Te kata orang Siam. Untuk tujuan entri ini, aku himpun ketiga-tiga ini menjadi satu jenis tendangan yang sama. Di studio Kickboxing tempat aku berlatih, tendangan ini dipanggil Croco, singkatan daripada Crocodile's Whip atau Libasan Ekor Buaya.
Tendangan ini mempunyai 3 sasaran secara amnya, tinggi, iaitu sasaran di bahagian kepala, tengah, iaitu sasaran di bahagian rusuk, dan rendah, iaitu sasaran di bahagian paha, atas sikit daripada paras lutut.
Untuk menggunakan tendangan Croco, secara asasnya, mulakan dengan mengambil posisi Fighting Stance. Sekiranya pelatih menggunakan posisi Fighting Stance yang ortodoks, tendangan Croco menggunakan kaki kiri akan dipanggil Lead Croco kerana kedudukannya yang dihadapan, dan sebaliknya tendangan Croco menggunakan kaki kanan akan dipanggil Rear Croco kerana kedudukan tangan yang berada di belakang.
Melancarkan Lead Croco
Dari posisi Fighting Stance, mulakan pergerakan dengan mengambil satu langkah kehadapan dengan kaki kanan dengan mengarahkan tapak kaki kanan anda hampir 90 darjah melintang ke luar. Pindahkan berat anda 45 darjah ke kanan iaitu arah libasan tendangan anda.
Secara asasnya, lancarkan serangan dengan mengangkat lutut kiri ke atas, lancarkan tendangan secara mendatar (seperti menghayun kayu besbol) ke arah sasaran, apabila mengenai sasaran, arahkan tendangan anda melintang kebawah bagaikan memotong sasaran anda dengan memusingkan pinggul dan badan anda untuk daya impak yang maksima. Pastikan anda mengambil langkah keselamatan dengan membawa bahagian atas badan anda kebelakang dan tangan kanan anda melindungi pipi kiri anda agar serangan balas lawan tidak mengenai sasaran. Setelah itu, kembali ke posisi Fighting Stance dan bersedia untuk melancarkan serangan yang sama, yang lain ataupun mengambil langkah bertahan.
Melancarkan Rear Croco
Dari posisi Fighting Stance, mulakan pergerakan dengan mengarahkan tapak kaki kiri anda hampir 90 darjah melintang ke luar. Pindahkan berat anda 45 darjah ke kiri iaitu arah libasan tendangan anda.
Seperti Lead Croco, Lancarkan serangan Rear Croco dengan mengangkat lutut kanan anda ke atas, lancarkan tendangan secara mendatar (seperti menghayun kayu besbol) ke arah sasaran, apabila mengenai sasaran, arahkan tendangan anda melintang kebawah bagaikan memotong sasaran anda dengan memusingkan pinggul dan badan anda untuk daya impak yang maksima. Pastikan anda mengambil langkah keselamatan dengan membawa bahagian atas badan anda kebelakang dan tangan kiri anda melindungi pipi kanan anda agar serangan balas lawan tidak mengenai sasaran. Setelah itu, kembali ke posisi Fighting Stance dan bersedia untuk melancarkan serangan yang sama, yang lain ataupun mengambil langkah bertahan.
Berlatihlah menggunakan Lead Croco dahulu, dan Rear Croco anda kemudian. Latihlah bersungguh-sungguh sehingga anda dapat merasakan betapa berkesannya tendangan ini keatas lawan atau musuh apabila teknik yang betul dapat diaplikasikan. Anda boleh berlatih bersendirian dengan menendang beg berat atau membuat tendangan bayang dihadapan cermin. Anda juga boleh berlatih bersama rakan pelatih dengan salah seorang memegang Shield sementara seorang lagi melakukan tendangan tubi. Lakukan secara bergilir-gilir.
Berlatihlah dengan gigih. Selamat mencuba!
Salam Hormat.
Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Pelindung Gusi.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
Sabtu, November 28, 2009
Sami Brooklyn, Bukit Fraser dan Ventolin
Jualan besar-besaran antara 50% sehingga 70%! Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Antara 1 sehingga 30 November. Jangan tunggu lagi!
Antonio Graceffo, Sami dari Brooklyn
Pada 31 Julai lalu, studio latihan tempat aku berlatih telah didatangi oleh seorang pengembara senibela diri bernama Antonio Graceffo atau lebih dikenali di alam maya sebagai the Brooklynmonk. Tujuan kehadiran beliau ke Malaysia adalah untuk mempelajari sedikit sebanyak tentang seni beladiri yang terdapat di negara ini dan merakamkan pengetahuan beliau untuk disebarkan melalui penulisan artikel majalah, buku, laman sesawang mahupun media sosial seperti Youtube dan Facebook. Beliau dikenali ramai melalui dokumentari seni beladiri di Youtube.com yang dipanggil Martial Arts Odyssey dan buku-buku mengenai seni beladiri Asia karangan beliau juga boleh didapati di laman Amazon.com
Aku sebagai jurulatih malam itu menerima kehadiran beliau dengan penuh rendah diri dan setelah diberitahu tujuan kehadiran beliau ke studio kami, untuk melihat cara latihan kami sebelum menemui Kru Jak untuk sesi temubual pada hari latihan yang berikutnya. Latihan dijalankan seperti biasa dengan latihan tubi tumbukan, tendangan dan latihan kombinasi. Waktu berehat antara sesi latihan digunakan oleh Antonio dan seorang rakannya untuk membuat sedikit rakaman sesi temuramah dengan peserta latihan dan memberi komen tentang latihan yang beliau lalui.
Selepas sesi latihan, beliau mengajak aku untuk satu sesi sparring. Aku sebagai hos yang ingin memberi layanan terbaik pada tetamu, tapi aku juga hendak memastikan diri aku tercedera sparring dengan seorang yang aku tak biasa ber'sparring' kerana pagi esoknya, aku ada trip bersama rakan-rakan kickboxing untuk ke Bukit Fraser. Jadi aku pesan pada dia 'Sabai-sabai, Go slow' agar kekuatan serangan dapat dikurangkan sebanyak boleh. Antonio memberi isyarat kepada rakannya untuk memulakan serangan. Aku dalam hati, hanya mampu berkata "Alamak".
Rakaman kamera video biasanya membuatkan aku berusaha sehabis baik, tapi aku mesti cari jalan tengah kerana tujuan sparring dalam kickboxing bukan untuk menang, tetapi sebenarnya untuk memberi peluang kepada kedua peserta sesi Sparring untuk belajar menggunakan teknik, taktik, mencari kelemahan sendiri dan sebagainya. Aku tidak perlu menang atau tunjuk hebat, tetapi aku perlu melakukan sebaik mungkin kerana aku berandaian bahawa rakaman kamera akan memberikan persepsi kepada penonton tentang studio latihan aku, dan Kru aku.
Sparring pun bermula. Mula-mula sesi sparring agak ringan. Tetapi bila perlanggaran mula berlaku, aku rasakan tumbukan yang diberi agak berat. Aduh! Sabai-sabai dia dan aku berada pada tahap yang berbeza. Masuk pusingan kedua aku agak kalut menahan serangan Antonio, dan pada pusingan ketiga aku sudah terlalu penat dan berasa bagai tak cukup nafas. Tumbukannya yang berat dan mengenai bahagian kepala aku terutamanya memberi kesan secara tidak langsung kepada stamina aku. Barangkali kerana rentak perlawanan dan rentak pernafasan yang tidak terkawal dan mula berterabur membuatkan aku cepat penat.
Walaupun prestasi aku dalam sesi sparring itu tidak memberasangkan, aku masih puas hati kerana aku dapat mempelajari sesuatu dan membuat sedikit kesimpulan daripada sesi itu. Diantaranya ialah;
- Berikan tumbukan jab-cross 64 kalau boleh kerana kombinasi 1-2-3 tidak mencukupi.
- Tumbukan lawan yang mengenai sasaran akan mempengaruhi stamina dan rentak perlawanan aku, jadi, elakkan diri terutamanya bahagian kepala daripada menjadi sasaran lawan.
Selepas pertemuan yang singkat itu, aku membuat carian mengenai Antonio. Aku dapati beliau boleh betutur dalam pelbagai bahasa, memulakan kerjaya sebagai tentera Amerika, menjadi pakar kewangan sehingga berlakunya serangan September 11, meninggalkan kerjayanya untuk mendalami ilmu beladiri Asia, satu perkara yang beliau idamkan setelah sekian lama, melatih dan berlatih tentera pemisah Wilayah Shan yang sedang menentang kerajaan tentera Burma, dan bermacam lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai personaliti menarik ini dan mengetahui projek beliau terkini, sila lawat laman sesawangnya di SpeakingAdventure.com atau profail BrooklynMonk1 beliau di Youtube.com.
Perjalanan ke Bukit Fraser
Keesokannya, aku dan sekumpulan Kickboxer dari studio kami berangkat ke Bukit Fraser dari studio kami di Subang untuk sesi latihan dan riadah di sana. Kami berada disana selama 2 hari 1 malam untuk berlatih di air terjun, melakukan riadah bebas dan bersantai menikmati keindahan alam.
Sepanjang perjalanan, aku berasa sedikit lemah dan pening-pening lalat, barangkali kerana sesi sparring yang diadakan malam sebelumnnya bersama Antonio. Tidak mengapa, kerana perjalanan ini adalah sangat penting bagi aku. Kepentingan yang menjangkau luar lingkungan Kickboxing ataupun sebarang seni beladiri di dunia ini. Aku tidak boleh melepaskan peluang untuk menyertai lawatan ini.
Hari pertama di Bukit Fraser berlalu dengan baik. Kami menetap di Jelai Resort dan setelah menentukan bilik masing-masing, kami beramai-ramai bergerak menuju ke air Terjun dan belajar sedikit ilmu belati, dan menggunakan kain sarung sebagai senjata. Ya, dalam lawatan seperti ini, kami dapat belajar mengenai ilmu perang tradisional seperti Muay Boran ataupun Silat, bergantung kepada Guru Jak. Pada sebelah malam pula, kami ada sedikit sesi permainan, yang lebih berperanan sebagai sesi ramah mesra antara peserta-peserta yang menyertai lawatan ini. Beberapa hadiah yang menarik seperti peralatan Kickboxing juga ditawarkan kepada mereka yang memenangi permainan yang diadakan malam itu. Aku menang juga.
Aku melayan buih sabun di malam yang dingin
Besoknya pagi-pagi aku dah bangun dan aku mengambil peluang ini untuk keluar awal dan menikmati kedinginan pagi dan keindahan alam. Aku tidak keluar seorang. Selepas bersarapan, kami berpeluang melakukan aktiviti bebas, jadi aku dan beberapa rakan memilih untuk berkuda, memanah, dan menikmati durian di tanah tinggi. Memang seronok, tapi selepas itu, aku berasa semakin lemah.
Kami bergerak pulang petang itu. Selain hanya mampu membuat sedikit lawak dan teka-teki yang diiktiraf kebodohannya, aku hanya mampu terbaring dan melelapkan mata sambil berusaha untuk bernafas secara normal. Ya. Berusaha. Saluran pernafasan aku, aku rasakan semakin sempit. Aku agak, ini berlaku kerana berada didalam air terjun yang sejuk terlalu lama. Sepatutnya aku memandu kereta, tetapi keadaan diri dan kesihatan aku tidak mengizinkan.
Ventolin Evohaler
Besoknya aku pergi ke pejabat, bukan untuk bekerja, tetapi untuk ke klinik di bangunan pejabat mendapatkan rawatan. Doktor mendapati pernafasan aku tidak normal kerana mengeluarkan bunyi bersiul semasa beliau menekapkan stetoskop beliau di belakang badan aku. Beliau bertanya mengenai sejarah kesihatan aku dan aku berkata aku tidak pernah menghidap penyakit lelah, tetapi, simptom penyakit amat jelas kedengaran. Buat pertama kali, aku diberi preskripsi Ventolin Evohaler, sebagai rawatan. Aku diberi demonstrasi penggunaannya sebelum keluar dari bilik Doktor.
Aku diberi cuti selama dua hari. Malam itu aku tidak dapat menghadiri latihan Kickboxing, dan aku dapat tahu kemudian yang Antonio hadir untuk melakukan rakaman dan temuramah bersama Guru Jak mengenai seni Tomoi dan Silat. Guru Jak memberitahu aku sekiranya aku hadir malam itu, lebih banyak teknik yang boleh dipersembahkan kepada Antonio, Si Sami dari Brooklyn. Tetapi, apakan daya, sudah nasib badan. Aku juga rasa bertuah kerana diberi perhatian dan penjagaan sepanjang dua hari aku terlantar.
Beberapa hari yang sukar dilupakan, pertemuan dengan seorang pengembara yang meninggalkan kerjaya setelah menyedari hidup ini adalah terlalu singkat untuk mengejar kekayaan semata. Sesi sparring yang meninggalkan kesan, memberi pengajaran dan pengalaman berguna kepada aku. Menikmati keindahan alam bersama rakan-rakan dan Teman. Paling penting dan tidak boleh aku lupakan ialah tentang keprihatinan dan kasih sayang.
Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Pelindung Gusi.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
Khamis, November 26, 2009
Lompat Tali untuk Kickboxing
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Hanya tinggal beberapa hari lagi. Jangan tunggu lagi!
Latihan lompat tali atau Jump rope training adalah aktiviti yang memberi banyak manfaat untuk mereka yang berkecimpung dalam sukan Kickboxing
Antara manfaat yang diperolehi daripada latihan ini ialah;
- Membina kelajuan tangan dan kaki semasa menyerang, bertahan, membuat jatuhan, melakukan pergerakan tipu helah dan membuat sapuan
- Memperbaiki kekuatan pinggul, kaki, lutut dan buku lali untuk menendang dan membina kestabilan badan
- Membina kekuatan anaerobic untuk perlawanan berintensiti tinggi selama 3 minit tanpa henti setiap pusingan dan membina kekuatan aerobic untuk perlawanan sehingga habis 5 pusingan
- Membina koordinasi tangan, kaki, mata yang penting semasa melakukan gerak langkah serangan dan pertahanan
- Membina kestabilan badan yang baik dan juga kelincahan semasa bertindakbalas terhadap serangan menumbuk, menendang, atau cubaan membuat jatuhan oleh pihak lawan.
- Membina daya tahan otot pada bahu dada dan belakang untuk melakukan tumbukan, bertahan, bergelut dan membuat jatuhan.
Berlatihlah menggunakan tali lompat ini sebagaimana anda ingin bergerak di dalam sukan Kickboxing. Lakukan lompatan dengan memberi fokus pada kelajuan, kekuatan dan gaya. Hanya latihan lompat tali yang berintensiti tinggi dapat menghasilkan manfaat yang maksima dalam tempoh masa yang paling singkat.
Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
Isnin, November 23, 2009
Latihan Muhammad Ali
Jualan besar-besaran antara 50% sehingga 70%! Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Antara 1 sehingga 30 November. Jangan tunggu lagi!
Muhammad Ali, walaupun bukan seorang kickboxer, beliau adalah seorang lagenda sukan tinju yang dikagumi ramai, dan menjadi model ikutan ramai ahli sukan termasuk yang berkecimpung dalam sukan Kickboxing.
Muhammad "The Greatest" Ali adalah pemegang Kejuaraan Tinju Dunia sebanyak tiga kali dengan rekod kemenangan sebanyak 56 kali, kekalahan sebanyak 5 kali dan tiada keputusan seri. Beliau memperolehi 37 kemenangan melalui pukulan Knockout. Beliau dilahirkan sebagai Cassius Marcellus Clay Jr pada 17 Januari tahun 1942 di Amerika Syarikat.
Latihan beliau dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan seperti pergerakan sisi ke sisi, memusingkan badan kiri ke kanan dan melakukan loncatan kecil. Aktiviti memanaskan badan dilakukan lebihkurang selama 15 minit.
Selepas aktiviti memanaskan badan, beliau melakukan Shadowboxing atau tumbukan bayang selama 3 minit sebanyak 5 pusingan. Fokus latihan ini adalah pada Footwork atau gerak langkah dan kepantasan tumbukan. Beliau berehat selama 30 saat selepas setiap pusingan.
Latihan seterusnya adalah latihan beg berat. Disini, beliau berlatih selama 3 minit sebanyak 6 pusingan. Fokus beliau disini adalah kombinasi tumbukan dan latihan stamina. Beliau berehat selama 30 saat selepas setiap pusingan.
Selepas itu, latihan Sparring dilaksanakan. Tempoh latihan Sparring bergantung pada musim perlawanan.
Latihan seterusnya dipanggil Floor Exercises ataupun Senaman Lantai. Sesi ini ialah latihan pelbagai senaman selama 15 minit setiap senaman dan jumlah tempoh latihan ini adalah selama 300 minit. Antara latihan yang dibuat adalah si-tup dengan pergerakan mengayuh basikal, sit-up menggunakan medicine ball, dan latihan mengangkat kaki dalam keadaan baring, Leg Raises.
Setelah itu, beliau berlatih menggunakan Speedbag selama 9 minit, diikuti rehat selama 1 minit.
Latihan seterusnya pula adalah lompat tali selama 20 minit. Beliau melakukan latihan ini dengan bergerak ke hadapan, belakang, kesisi dan tidak melompat disatu tempat sahaja.
Latihan beliau diakhiri dengan latihan shadowboxing ringan selama 1 minit sambil berjalan.
Muhammad Ali tidak menggunakan sebarang pemberat untuk latihan beliau.
Semasa era kegemilangan beliau, beliau pernah mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk "I am the Greatest". Bagaimanapun, selepas era kegemilangan Muhammad Ali sebagai juara tinju dunia, beliau dalam satu temuramah telah berkata, "Allah is the Greatest. I'm just a greatest boxer." Beliau juga pernah menarik balik sama sekali gelaran terhebat pada dirinya dengan berkata, "My health is in the hands of Allah, who has ways of testing us. Whatever happens, happens. I a'int the greatest, it's Allah. I gave myself a job. I work for God."
Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
Rabu, November 18, 2009
Kejohanan K-1 World Max 2009 - Akhir
Jualan besar-besaran antara 50% sehingga 70%! Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Antara 1 sehingga 30 November. Jangan tunggu lagi!
Pada 26 Oktober lalu, Kejohanan K-1 World MAX 2009 telah diadakan dan Giogio "The Doctor" Petrosyan, seorang kickboxer aliran Muay Thai telah ditabalkan menjadi juara setelah menewaskan Andy "The Destroyer" Souwer seorang kickboxer dari aliran Shootboxing yang pernah menjadi juara K-1 World Max sebanyak 2 kali pada tahun 2005 dan 2007. Kemenangan diberi kepada Petrosyan keatas Souwer secara kiraan mata.
Sebelum menemui Souwer, pada malam yang sama, Petrosyan telah menumbangkan Yuya Yamamoto, seorang kickboxer dari aliran Karate, pada pusingan pertama dalam masa 2:09 menggunakan tumbukan Right Hook, sebelum menemui Souwer.
Souwer pula terpaksa berhempas pulas dan bertarung sebanyak 5 pusingan dan terpaksa melalui pusingan tambahan sebelum menewaskan lagenda Muay Thai Buakaw Por Pramuk yang juga pernah menjuarai K-1 World Max sebanyak 2 kali pada tahun 2004 dan 2006.
Aku mula melihat kehebatan Petrosyan semasa membuat carian video di Youtube.com untuk perlawanan yang melibatkan Dzhabar "Gengkhis Khan" Askerov, seorang veteran The Contender Asia musim pertama. Perlawanan K-1 World Max Final 16 antara Petrosyan dan Askerov membuat aku rasa sangat terpegun kerana aku rasa Dzhabar, Nak Muay yang sangat aku minati cara permainannya dan serangan padu yang sering memusnahkan lawan, kelihatan tidak mampu berbuat apa-apa keatas Petrosyan. Petrosyan yang mempunyai skill permainan yang tinggi itu, akhirnya menumbangkan Dzhabar dengan serangan lutut kirinya.
Saksikan perlawanan hebat antara Petrosyan dan Souwer melalui dua video yang dipaparkan dibawah. Semoga anda akan dapat manfaat daripada menyaksikan perlawanan ini, dari segi teknik, mahupun taktik perlawanan.
Bahagian Pertama
Bahagian Kedua
Bagaimana? Apa pendapat anda tentang perlawanan ini?
Blog ini ditaja oleh
Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
Isnin, November 16, 2009
Latihan Kombinasi Tumbukan Berpasangan
Jualan besar-besaran antara 50% sehingga 70%! Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Antara 1 sehingga 30 November. Jangan tunggu lagi!
Latihan kombinasi tumbukan secara berpasangan adalah latihan wajib di tempat aku berlatih. Ia biasanya dilakukan sebaik sahaja selepas aktiviti memanaskan badan dan regangan dilakukan. Ia juga masih boleh dianggap sebagai latihan memanaskan badan walaupun aktiviti memanaskan badan dan regangan telah dilakukan sebelum itu. Ini kerana latihan-latihan lain akan menyusul selepas itu.
Bersama pasangan latihan anda, salah seorang akan menumbuk manakala seorang lagi akan memegang sasaran yang dipanggil Focus Pad. Pelatih yang menumbuk itu mestilah memakai Handwraps dan juga Sarung Tinju. Pelatih yang memegang Focus Pad pula hendaklah memberi tindak balas, menyambut tumbukan pasangan dengan Focus Pad, sambil memberi sokongan moral kepada pasangan menumbuk agar berjuang menumbuk sehingga tamat sesi latihan menumbuk.
Apabila sesi latihan menumbuk bagi pasangan yang menumbuk telah tamat, tukar peranan dengan pasangan anda. Yang tadi menumbuk akan memegang Focus Pad, manakala yang tadi memegang Focus Pad akan menumbuk pula.
Antara kombinasi yang boleh anda cuba bersama pasangan latihan anda;
- Jab-Cross-Jab-Cross
- Jab-Jab-Cross-Cross
- Jab-Cross-Lead Hook-Rear Hook
- Jab-Cross-Lead Uppercut-Rear Uppercut
- Jab-Cross-Lead Hook-Rear Uppercut
- Jab-Cross 10
- Lead Hook-Rear Hook 20
- Lead Uppercut-Rear Uppercut 30
- ... dan sebagainya
Selamat Berlatih!
Blog ini ditaja oleh
Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
Jumaat, November 13, 2009
Tanda-tanda Anda Kemaruk Kickboxing
Jualan besar-besaran antara 50% sehingga 70%! Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Antara 1 sehingga 30 November. Jangan tunggu lagi!
Tanda-tanda Anda Kemaruk Kickboxing adalah;
- Setiap hari, anda akan membuat carian Google untuk topik Kickboxing.
- Setiap hari, anda akan ke Youtube mencari video berkaitan Kickboxing.
- Setiap kali anda Facebook, anda akan berkomunikasi tentang Kickboxing.
- Setiap kali anda kerja lebih masa, anda akan berasa gelisah, takut tidak dapat berlatih Kickboxing.
- Setiap kali anda melintasi cermin, anda akan berhenti sebentar, mengambil posisi Fighting Stance, dan melakukan Shadow Boxing.
- Setiap kali anda memberhentikan kereta anda di lampu merah, anda akan melakukan Shadow Boxing pelbagai kombinasi Jab-Cross-Hook-Uppercut.
- Setiap kali anda melihat tiang, anda rasa nak membuat sepak layang.
- Setiap kali anda bertemu rakan, anda mengacah hendak melakukan tendangan lutut ke hulu hati, atau Jab ke hidung dan Uppercut dagu rakan anda itu.
- Setiap kali ada perlawanan Kickboxing, anda akan membuat trip bersama rakan-rakan seperjuangan untuk menyaksikan perlawanan, walaupun perjalanannya jauh dan pada keesokan harinya anda terpaksa berkerja seperti seorang Zombie yang tak cukup makan.
- Setiap hari, anda ke KickboxingJom.blogspot.com sebelum memeriksa E-mel anda. :-)
Kickboxing Jom!
Blog ini ditaja oleh
Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
Labels:
combat kickboxing,
cross,
Facebook,
fighting stance,
Google,
Hook,
Jab,
Lead Uppercut,
sepak layang,
shadow boxing,
trip,
Youtube,
zombie
Rabu, November 11, 2009
Tumbukan Uppercut
Image by Getty Images via Daylife
Tumbukan Uppercut adalah senjata jarak dekat yang biasanya dilancarkan selepas melancarkan Jab ataupun Cross. Ia adalah serangan dari bawah dan naik kesasaran di badan atau dagu lawan. Ia hendaklah dilancarkan dengan pantas dan padu untuk membolehkan lawan dijatuhkan secara knockout.Uppercut jarang digunakan sebagai serangan pemula kerana masalah jarak dan pergerakan yang mudah dibaca. Tetapi, Uppercut boleh dilancarkan dalam jarak yang sangat rapat seperti ketika bergelut ataupun ketika melepaskan diri daripada keadaan bergelut.
Untuk pengetahuan anda, dalam sukan Tinju, Uppercut sering dilancarkan dengan membawa turun badan untuk memberi kesan impak yang paling maksima pada lawan, tetapi, berlainan sedikit dengan sukan Muay Thai kerana cara begitu akan menyebabkan lawan dapat menyuapkan lutut ke muka anda.
Seperti melancarkan tumbukan Hook, mulakan dengan mengambil posisi Fighting Stance. Sekiranya pelatih menggunakan posisi Fighting Stance yang Ortodoks, tumbukan Uppercut menggunakan tangan kiri akan dipanggil Lead Uppercut kerana kedudukannya yang dihadapan, dan sebaliknya tumbukan Uppercut menggunakan tangan kanan akan dipanggil Rear Uppercut kerana kedudukan tangan yang berada di belakang.
Melancarkan Lead Uppercut (Penyentak)
Dari posisi Fighting Stance, badan dan kaki kanan dipusing sedikit ke kiri di atas bebola tapak kaki. Sambil memusing, tangan kanan diletakkan rapat diatas melindungi bahagian muka dan rusuk. Tangan kiri pula disorokkan rapat di bahagian pinggang dan berada dalam keadaan sedia untuk dilancarkan.
Apabila bersedia, pusingkan kaki kiri anda sebanyak 30 darjah kedalam, dan lancarkan tumbukan Uppercut tangan kiri, dengan pantas, padu dan tepat pada sasaran. Bahagian telapak tangan anda akan mengadap ke arah muka anda apabila tumbukan Lead Uppercut anda mengenai sasaran. Seperti melancarkan tumbukan yang lain, pastikan semasa Uppercut dilancarkan, anda mengaplikasi teknik pernafasan yang betul sambil tangan kanan anda melindungi muka dan rusuk kiri anda. Setelah itu, kembali ke kedudukan Fighting Stance dan bersedia untuk melancarkan serangan yang sama, yang lain ataupun mengambil langkah bertahan.
Melancarkan Rear Uppercut (Pemusnah)
Dari posisi Fighting Stance, pusingkan badan dan kaki kiri sedikit ke kanan di atas bebola tapak kaki. Sambil memusing, tangan kiri diletakkan rapat diatas melindungi bahagian muka dan rusuk. Tangan kanan pula disorokkan rapat ke bahagian pinggang, dan berada dalam keadaan sedia untuk dilancarkan.
Apabila bersedia, pusingkan kaki kanan anda sebanyak 30 darjah kedalam, dan lancarkan tumbukan Uppercut tangan kanan, dengan pantas, padu dan tepat pada sasaran. Bahagian telapak tangan anda akan mengadap ke arah muka sendiri apabila tumbukan Rear Uppercut anda mengenai sasaran. Diingatkan, jangan lupa mengaplikasi teknik pernafasan yang betul sambil tangan kiri anda melindungi muka dan rusuk kiri anda. Setelah itu, kembali ke kedudukan Fighting Stance dan bersedia untuk melancarkan serangan yang sama, yang lain ataupun mengambil langkah bertahan.
Berlatihlah menggunakan Lead Uppercut dahulu, dan Rear Hook anda kemudian. Setelah anda merasa selesa berlatih tumbukan ini secara berasingan, cuba berlatih menggunakan kombinasi tumbukan Lead Uppercut-Rear Uppercut berulang-kali.
Berusahalah dengan gigih. Selamat berjuang!
Blog ini ditaja oleh
Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
Labels:
Kickboxing,
Lead Uppercut,
muay thai,
Rear Uppercut,
Tinju,
Uppercut
Isnin, November 09, 2009
Tumbukan Hook
Tumbukan Hook adalah serangan yang dilancarkan dari sisi. Ia adalah senjata yang versatail kerana ia boleh dilancar dari jarak tempur seperti mana Jab dan Cross dilancarkan, dan ia boleh juga dilancarkan dari jarak bergelut.
Tumbukan Hook sering mengenai sasaran tanpa disedari lawan dan boleh menyebabkan lawan tumbang secara knockout sekira tumbukan itu dilancarkan dengan betul dan tepat. Ia boleh dilancarkan secara bersendirian, secara kombinasi seperti Jab-Cross-Hook sebagai contoh.
Tumbukan Hook juga bagus digunakan sebagai serangan balas untuk bagi menangkap lawan yang sedang menyerang, dan ia juga boleh digunakan sebagai umpan untuk membolehkan lawan membuka ruang untuk serangan lain seperti Cross untuk mengenai sasaran yang sedang terbuka tatkala lawan sibuk melindungi diri daripada tumbukan Hook.
Seperti tumbukan Jab ataupun Cross, mulakan dengan mengambil posisi Fighting Stance. Sekiranya pelatih menggunakan posisi Fighting Stance yang ortodoks, tumbukan Hook menggunakan tangan kiri akan dipanggil Lead Hook kerana kedudukannya yang dihadapan, dan sebaliknya tumbukan Hook menggunakan tangan kanan akan dipanggil Rear Hook kerana kedudukan tangan yang berada di belakang.
Melancarkan Lead Hook
Dari posisi Fighting Stance, badan dan kaki kanan dipusing sedikit ke kiri di atas bebola tapak kaki. Sambil memusing, tangan kanan diletakkan rapat diatas melindungi bahagian muka dan rusuk. Tangan kiri pula sentiasa diangkat dan berada dalam keadaan sedia untuk dilancarkan.
Apabila bersedia, pusingkan kaki kiri anda sebanyak 30 darjah kedalam, dan lancarkan tumbukan Hook tangan kiri sambil buku lima diputarkan kedalam, dengan pantas, padu dan tepat pada sasaran. Bahagian telapak tangan anda akan mengadap ke bawah apabila tumbukan Lead Hook anda mengenai sasaran. Seperti melancarkan tumbukan yang lain, pastikan semasa Hook dilancarkan, anda mengaplikasi teknik pernafasan yang betul sambil tangan kanan anda melindungi muka dan rusuk kiri anda. Setelah itu, kembali ke kedudukan Fighting Stance dan bersedia untuk melancarkan serangan yang sama, yang lain ataupun mengambil langkah bertahan.
Melancarkan Rear Hook
Dari posisi Fighting Stance, pusingkan badan dan kaki kiri sedikit ke kanan di atas bebola tapak kaki. Sambil memusing, tangan kiri diletakkan rapat diatas melindungi bahagian muka dan rusuk. Tangan kanan pula diangkat dan berada dalam keadaan sedia untuk dilancarkan.
Apabila bersedia, pusingkan kaki kanan anda sebanyak 30 darjah kedalam, dan lancarkan tumbukan Hook tangan kanan sambil buku lima diputarkan kedalam, dengan pantas, padu dan tepat pada sasaran. Bahagian telapak tangan anda akan mengadap ke bawah apabila tumbukan Rear Hook anda mengenai sasaran. Diingatkan, jangan lupa mengaplikasi teknik pernafasan yang betul sambil tangan kiri anda melindungi muka dan rusuk kiri anda. Setelah itu, kembali ke kedudukan Fighting Stance dan bersedia untuk melancarkan serangan yang sama, yang lain ataupun mengambil langkah bertahan.
Berlatihlah menggunakan Lead Hook dahulu, dan Rear Hook anda kemudian. Setelah anda merasa selesa berlatih tumbukan ini secara berasingan, cuba berlatih menggunakan kombinasi tumbukan Lead Hook-Rear Hook.
Berusahalah dengan gigih. Selamat mencuba!

knockout,
Kombinasi Lead Hook-Rear Hook,
Lead Hook,
Rear Hook,
umpan
Jumaat, November 06, 2009
Kickboxing untuk Pertempuran
Hari ini awal pagi lagi aku sudah keluar pergi Kuala Lumpur. Setelah bersarapan dengan seorang teman, aku melangkah ke Kinokuniya KLCC untuk meluangkan masa sementara menunggu masuknya waktu solat Jumaat.
Rambang juga mata kerana aku ada lebih dua jam setengah untuk melihat dan membelek buku-buku yang pelbagai jenis di situ. Salah satu buku yang aku terjumpa disitu adalah buku Combat Kickboxing : Realistic Self Defense oleh Pat O'Keefe.
Seingat aku, rasanya aku pernah ternampak buku ini dahulu, juga di Kinokuniya KLCC, tetapi, dalam keadaan berbalut, aku tak rasa teringin hendak meminta izin untuk membuka balutan buku dan melihat isi kandungannya. Mungkin, berpunca daripada persepsi aku melihat kulit buku ini dengan seorang yang berada di pertengahan umur, berkepala botak tengah, dengan belakang badan yang berbulu dan sedikit berlemak memakai seluar panjang dan pad di kaki melakukan aksi tendangan terbang, tidak membuat aku rasa teruja untuk melihat isi kandungan buku tersebut pada masa itu. Maafkan aku kerana mempunyai persepsi seperti majoriti konsumer di dunia ini.
Tetapi kali ini, aku lihat ia tidak berbalut. Jadi, aku fikir, alang-alang, mengapa tidak? Tak rugi pun.
Memang betul kata orang, Don't judge a book by its cover. Aku tidak sepatutnya membuat andaian yang buku itu tidak menarik, berdasarkan gambar di kulit buku itu. Aku rasa, penulis ini telah mempersembahkan sebuah buku yang mengaplikasikan latihan Kickboxing untuk senario pertempuran luar gelanggang yang realistik. Antara latihan yang digambarkan ialah seperti mematahkan serangan lawan apabila pelatih telah jatuh terbaring, senario satu lawan ramai, senario pertempuran di tangga, serangan awal untuk mematahkan serangan lawan yang bakal berlaku dan banyak lagi menggunakan teknik-teknik yang tidak dibenarkan didalam gelanggang.
Buku ini juga memuatkan latihan untuk mematahkan serangan bersenjatakan pisau. Tapi aku tidak berapa berkenan dengan cara yang ditunjukkan. Ia kelihatan sangat berbahaya lebih-lebih lagi sekiranya penyerang adalah seorang yang terlatih dalam seni permainan pisau. Tetapi, nasihat yang diberikan tentang bahaya serangan pisau adalah berasas. Di dalam topik itu, dilampirkan jadual kematian serangan pisau yang dibina oleh W.E Fairbairn, seorang tentera British yang telah mengasaskan sistem pertempuran Defendu. Sangat mengerikan, dan aku tersedar tangan aku seakan cuba melindungi leher aku, sewaktu melihat jadual itu yang memberitahu berapa saat masa diambil untuk seorang mangsa menemui ajal apabila urat di leher terputus akibat serangan pisau.
Banyak teknik-teknik didalam buku ini tidak boleh sama sekali digunakan di dalam gelanggang sukan Kickboxing. Tetapi, ilmu yang terdapat dalam buku ini adalah sangat berharga dan berguna apabila lebih-lebih keselamatan diri dan nyawa dalam keadaan terancam. Aku rasa buku ini sangat menarik terutama sekali apabila teringat semasa aku hendak mengikuti kelas Silat Harimau Berantai dulu, syarat yang dikenakan oleh guru aku ialah untuk mengikuti latihan Kickboxing sebagai asas.
Sememangnya, Kickboxing adalah sejenis aktiviti sukan yang mengajar kita asas yang baik untuk mempelajari seni bela diri yang lain.
Setelah aku menutup buku ini untuk meletaknya kembali ke rak jualan, aku melihat kulit belakang buku ini. Harga jualan yang dicatatkan adalah sebanyak RM77.++. Memang mahal buku ini, tetapi, jika berminat, anda boleh mendapatkannya juga secara online di Amazon.com. Lihat saja harga dibawah. ;-)
Selamat membaca!

kickboxing combat,
kinokuniya,
klcc,
realistic,
self defense
Rabu, November 04, 2009
Pantas! Jangan Lembab!
"Gerak laju lagi!", "Tumbuk laju lagi!", "Badan macam engkau ni patutnya gerak laju lagi!" Itulah antara teguran-teguran yang diberi oleh Kru(Guru) aku bila aku kekadang berlatih sendirian menumbuk beg sambil menunggu waktu latihan berpasangan atau berkumpulan seterusnya bakal dijalankan.
Memang betul teguran Kru. Aku MEMANG lembab. Aku sebenarnya boleh bergerak lebih laju lagi. Tapi mungkin, aku tengah berangan jauh ketika itu, atau minda aku sekosong si Patrick, rakan baik Spongebob Squarepants. Aku tak boleh leka lagi dan aku mesti sentiasa peka dan paksa diri untuk bergerak dengan lebih pantas.
Kelembaban aku barangkali kerana sebelum terlibat dalam sukan Kickboxing ini, selama hampir 30 tahun, semua perkara, aku buat dengan perlahan. 'Selamba tak Rock'. Tiada siapa yang nak jerit kat aku untuk gerak dengan lebih pantas. Tapi, aku ingat lagi masa di kolej dulu, ada satu kali, rakan serumah aku tegur, "Weh, engkau jangan terhegeh-hegeh jalan perlahan macam ni, bayangkan nanti bila kau dah tua, lagi lembab kau bergerak nanti." Teguran yang satu kali itu, memang aku ingat sampai sekarang.
Insaflah wahai diri ini. Usahlah lembab lagi.
Kepantasan adalah salah satu kunci dalam kejayaan seseorang dalam Kickboxing, samada di dalam gelanggang, mahupun dalam pertempuran yang terpaksa dilalui apabila keselamatan terancam. Itu, aku yakin dan pasti. Kalau ada kekuatan, tapi serangan tak mengena kerana tidak cukup pantas, memang tak ada maknanya. Yang lebih pantas, akan dapat menumbangkan yang kuat tapi lembab.
Jadi, semasa berlatih, bersendirian atau berpasangan, sila ambil berat tentang kepantasan anda dalam latihan. Sebagai contoh, semasa berlatih tumbukan kombinasi Jab-Cross 64, daripada posisi Fighting Stance, maju ke arah pasangan berlatih anda untuk masuk ke dalam ruang tempur, gerak langkah ini mestilah dilakukan dengan pantas. Apabila berada didalam ruang tempur, lepaskan tumbukan kombinasi Jab-Cross 64 itu dengan pantas, tepat dan kuat, sambil mengaplikasikan teknik yang betul, dan menggunakan teknik pernafasan yang telah dibincang sebelum ini. Setelah 64 das tumbukan Jab-Cross yang pantas, tepat dan kuat itu dilepaskan, undur, jarakkan diri anda dari pasangan latihan anda untuk keluar dari ruang tempur dengan pantas. Kembali semula ke posisi Fighting Stance, dan bersedia untuk melepaskan 64 das tumbukan Jab-Cross yang seterusnya.
Selamat berlatih!

Guru,
Kepantasan,
kombinasi Jab-Cross,
Kru. ruang tempur,
lembab
Isnin, November 02, 2009
Kombinasi Jab-Cross
Anda telah berlatih menggunakan Jab, dan anda juga telah berlatih menggunakan Cross. Sekarang, cuba gunakan kombinasi kedua-dua tumbukan ini dalam satu serangan.
Sebagai contoh, dari posisi Fighting Stance, langkah kehadapan, lancarkan kombinasi 1-2 Jab-Cross, setelah itu, langkah kebelakang dan kembali ke posisi Fighting Stance. Cuba beberapa kali.
Setelah mencuba kombinasi diatas, tambah bilangan kombinasi Jab-Cross-Jab-Cross atau lebih mudah dipanggil Jab-Cross 4. Dari posisi Fighting Stance, langkah kehadapan, lancarkan kombinasi Jab-Cross 4, langkah kebelakang dan kembali ke posisi Fighting Stance. Semasa melancarkan kombinasi tumbukan, jangan lupa untuk pusingkan badan dan kaki diatas bebola tapak kaki sambil mengaplikasi teknik pernafasan yang telah dibincangkan sebelum ini. Cuba lakukan Jab-Cross 4 sebanyak beberapa set.
Setelah mencuba Jab-Cross 4, cuba pula kombinasi Jab-Cross 8 untuk beberapa set, dan seterusnya kombinasi Jab-Cross 16 beberapa set. Setelah itu, cuba pula kombinasi Jab-Cross 32 sebanyak dua hingga empat set. Akhir sekali cuba pula Jab-Cross 64 sebanyak satu atau dua set.
Latihan yang dicadangkan diatas akan membantu memperbaiki teknik tumbukan Jab, dan Cross dan pada masa yang sama membakar kalori dalam badan. Walaubagaimanapun, adalah penting untuk anda melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan sebelum latihan ini dijalankan. Teknik pernafasan juga adalah penting agar anda dapat mengekalkan stamina sepanjang latihan.
Anda boleh cuba latihan diatas tanpa sebarang kelengkapan dengan melakukannya secara tumbukan bayang atau Shadowboxing dihadapan cermin. Sekiranya anda berlatih di studio Kickboxing dan mempunyai kelengkapan lengkap seperti pembalut tangan, sarung tinju, anda boleh melakukan latihan tubi diatas secara berpasangan dengan rakan pelatih yang akan memegang focus pads sebagai sasaran. Anda juga boleh berlatih secara sendirian dengan melancarkan tumbukan kombinasi keatas beg berat yang anda boleh juga menganggapnya sebagai seorang rakan berlatih di studio. ;-)

Jumaat, Oktober 30, 2009
Tumbukan Cross
Satu lagi senjata penting seorang pelatih Kickboxing adalah tumbukan Cross. Dalam kombinasi klasik satu-dua sukan ini, tumbukan Jab yang dibincang sebelum ini sering diikuti dengan tumbukan Cross kerana ia merupakan senjata ampuh yang kerap menyebabkan lawan tumpas secara knockout di gelanggang.
Walaupun Cross bertindak sebagai pemusnah lawan, harus diingat bahawa tumbukan ini tidak selaju tumbukan Jab. Lawan akan sempat melihat Cross datang kearahnya dan mengambil tindakan pertahanan seperti menepis atau mengelak sepenuhnya.
Seperti tumbukan Jab, mulakan dengan mengambil posisi Fighting Stance. Sekiranya pelatih menggunakan posisi Fighting Stance yang ortodoks, tumbukan Cross dilancarkan menggunakan tangan kanan, iaitu tangan yang berada di belakang. Dari posisi Fighting Stance, pusingkan badan dan kaki kiri dipusing sedikit ke kanan di atas bebola tapak kaki. Tangan kiri diletakkan rapat diatas pipi kiri sambil melindungi rusuk kiri. Tangan kanan pula sentiasa di angkat dan berada dalam keadaan sedia untuk dilancarkan.
Apabila bersedia, pusingkan kaki kanan sebanyak 30 darjah kedalam, dan lancarkan tumbukan kanan sambil buku lima diputarkan kedalam, dengan pantas pada sasaran. Seperti melancarkan tumbukan Jab, pastikan semasa Cross dilancarkan, anda mengaplikasi teknik pernafasan yang betul sambil tangan kiri anda melindungi muka dan rusuk kiri anda. Setelah itu, kembali ke kedudukan Fighting Stance dan bersedia untuk melancarkan serangan yang sama, yang lain ataupun mengambil langkah bertahan.
Berlatihlah dengan mengulanginya beribu-ribu kali sehingga sebati dalam diri anda.
Selamat berjuang!
Blog ini ditaja oleh
Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
Walaupun Cross bertindak sebagai pemusnah lawan, harus diingat bahawa tumbukan ini tidak selaju tumbukan Jab. Lawan akan sempat melihat Cross datang kearahnya dan mengambil tindakan pertahanan seperti menepis atau mengelak sepenuhnya.
Seperti tumbukan Jab, mulakan dengan mengambil posisi Fighting Stance. Sekiranya pelatih menggunakan posisi Fighting Stance yang ortodoks, tumbukan Cross dilancarkan menggunakan tangan kanan, iaitu tangan yang berada di belakang. Dari posisi Fighting Stance, pusingkan badan dan kaki kiri dipusing sedikit ke kanan di atas bebola tapak kaki. Tangan kiri diletakkan rapat diatas pipi kiri sambil melindungi rusuk kiri. Tangan kanan pula sentiasa di angkat dan berada dalam keadaan sedia untuk dilancarkan.
Apabila bersedia, pusingkan kaki kanan sebanyak 30 darjah kedalam, dan lancarkan tumbukan kanan sambil buku lima diputarkan kedalam, dengan pantas pada sasaran. Seperti melancarkan tumbukan Jab, pastikan semasa Cross dilancarkan, anda mengaplikasi teknik pernafasan yang betul sambil tangan kiri anda melindungi muka dan rusuk kiri anda. Setelah itu, kembali ke kedudukan Fighting Stance dan bersedia untuk melancarkan serangan yang sama, yang lain ataupun mengambil langkah bertahan.
Berlatihlah dengan mengulanginya beribu-ribu kali sehingga sebati dalam diri anda.
Selamat berjuang!
Blog ini ditaja oleh
Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
Labels:
cross,
Jab,
Kickboxing,
kickboxingjom,
knockout,
Teknik Pernafasan
Langgan:
Catatan (Atom)