Ahad, April 07, 2013

Niat Aku

Aku berniat untuk menghidupkan kembali blog ini pada tahun 2013 dengan menulis dengan lebih kerap. Tahun 2011 aku pos sebanyak 2 kali di blog ini dan pada tahun 2012, aku pos hanya sekali. Memang tersangat memalukan.

Aku harap aku akan lebih berdisiplin tahun ini. Inilah ruang untuk aku berlatih menulis dalam Bahasa Melayu sebenarnya. Aku mahu menulis dengan baik.

Mungkin kerana aku dah lama tak berlatih Kickboxing, aku jarang menulis di blog ini. Tetapi itu hanyalah alasan. Sebenarnya, aku masih aktif bergiat dalam sukan ini, secara yang tidak mengeluarkan banyak peluh.

Aku agak sibuk memasarkan sebuah produk Muay Thai yang aku hasilkan beberapa bulan lalu. Produk ini adalah sebuah aplikasi mobil untuk iPhone, iPad dan iPod Touch. Produk ini adalah Muay Timer.

Muay Timer - Versi Penuh
Muay Timer sebenarnya sudah berada dalam minda aku agak lama. Tetapi, setelah sekian lama dihasilkan baru dapat direalisasikan. Muay Timer adalah sebuah aplikasi penjaga tempoh, untuk latihan sparring yang dibina khas untuk penggiat sukan Muay Thai.

Muay Timer - Versi Ringan

Setakat ini sudah hampir 3000 unit telah dimuat turun. Sekiranya anda berlatih Muay Thai dan menggunakan produk Apple seperti iPhone, iPad dan iPod Touch. Silalah memuat turun aplikasi ini.

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di http://free.muaytimer.com.

Selain daripada itu, silalah lawati laman Muay Timer di Facebook juga.



Rabu, Jun 06, 2012

Sparring di Kantor



Bookmark and Share


Rasa kekok nak blogging kerana sudah terlalu lama tak tak buat aktiviti ini. Aku sekarang lebih kerap ke Tumblr dan hampir lupa kewujudan blogspot atau blogger. Jadi sebelum aku lupa terus sampai bila-bila, baik aku cuba menulis sedikit demi sedikit agar jadi kebiasaan.

Kebelakangan ini, aku lebih kerap beriadah di bumbung pejabat yang dilengkapi kemudahan gymnasium, gelanggang futsal dan sepak takraw. Di dalam separuh gelanggang sepak takrawlah aku dan beberapa rakan sekerja berlatih sparring.


Aku rasa bertuah kerana ada beberapa rakan sparring di pejabat. Kami boleh pilih untuk sparring tinju atau kickboxing. Semoga bertambahlah jumlah rakan-rakan sepejabat yang meminati sukan tempur, belajar dan berlatih di studio latihan pilihan mereka dan menyertai sesi sparring di bumbung pejabat ini. Sekarang ini, aku sedang cuba momohon untuk mendapatkan Punching Bag dipasang. Kalau dapat, Alhamdulillah.

Harap kongsi pengalaman jika pembaca juga berpeluang untuk berlatih Sparring di Kantor. :)






Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.

Ahad, September 04, 2011

Percutian Muay Thai (Bahagian 1)


Bookmark and Share

Pada bulan Jun yang lepas, aku telah membawa diri sendiri ke pulau Phuket selama dua minggu.  Pada bulan Februari, AirAsia menawarkan harga tiket ke Phuket bernilai RM33 Aku pula memang berniat untuk melancong ke mana-mana destinasi ke luar negara sebelum berakhirnya kalendar separuh tahun 2011. Cuti-cuti Muay Thai.

Aku memang dah buat sedikit penyelidikan untuk mencari kem Muay Thai sesuai untuk aku cuba di Siam. Aku telah memilih sebuah kem di Phuket kerana aku bayangkan sebuah percutian Muay Thai di tepi pantai dan aku telah memilih kem Tiger Muay Thai. Selain daripada Muay Thai kem ini menyediakan kelas latihan Muay Boran, Krabi Krabong.  tinju, MMA, latihan angkat berat, latihan BodyFit dan Yoga. Kem ini juga menyediakan perkhidmatan penginapan, pengangkutan untuk disewa, menjual dan menyewa peralatan dan kelengkapan latihan, makanan yang berdasarkan keperluan individu, dan berbagai lagi. Salah satu sebab kenapa aku pilih kem ini adalah kerana aku berminat untuk mengenali apa itu Krabi Krabong. Oleh sebab aku juga seorang pesilat, aku memang minat seni tempur tradisional bersenjata. Kos latihan di kem ini adalah 3000Baht seminggu.

Aku sampai disana pada hari Ahad. Pada hari itu memang tak ada kelas latihan Muay Thai tetapi aku diberitahu, kebetulan, ada kelas persendirian untuk belajar sukan Mixed Martial Arts (MMA). Jurulatihnya bukan orang tempatan tapi adalah seorang jurulatih Mat Salleh. Aku belum berminat atau bersedia untuk bergelut di atas tikar getah pada hari itu. Belum.

Setelah mendaftar di kem latihan, aku di hantar ke rumah tumpangan yang aku tempah untuk penginapan selama 2 minggu. Rumah tumpangan itu dipanggil Wallop House. Selesa. Biliknya luas, katilnya besar, ada alat penghawa dingin, peti sejuk dan TV satelit. Ada ASTRO! Aku kat rumah pun tak ada ASTRO, pergi Phuket dapat tengok ASTRO tiap-tiap hari, terutamanya saluran AFC, Asian Food Channel. Oh ya.. WIFI pun ada. Aku Skype dari sana tiap-tiap hari dan malam. Kadang-kadang guna iPhone, kadang-kadang guna iPad, kadang-kadang guna Macbook Pro yang aku bawa. Ada projek sampingan. Hehe.. Oh ya.. kos penginapan di situ adalah 4000Baht seminggu. Berbaloi.

Pemiliknya bernama Wallop. Dia seorang peminat sukan motor dan berniat untuk turun ke Sepang untuk menyaksikan perlumbaan motor tahun ini. Kalau tiada aral melintang. Hari itu dia telah menghantar aku ke Tesco untuk mendapatkan satu barang yang sangat penting. Aku terlupa bawa seluar dalam. Hehe. Ada satu saja, yang aku pakai hari itu. Dalam perjalanan, dia ada cerita yang dahulu pada usia remaja, dia adalah penuntut seni Muay Chaiya. Dia juga memberi tip-tip berguna untuk keselamatan, keselesaan dan tempat-tempat yang patut dilawati sepanjang aku disini.



Selepas mendapat rehat selama beberapa jam aku perlu pergi semula ke kem latihan untuk orientasi, melihat sekeliling kem.  Tapi aku tiba ke kem lewat kerana silap arah berjalan kaki dari rumah tumpangan aku. Separuh jalan ke kem, timbul rasa ragu-ragu bila nampak kem Muay Thai lain. Dragon Muay Thai yang aku tak perasan wujud dalam perjalanan ke rumah tumpangan menaiki teksi tadi.  Jadi, aku berpatah balik berjalan ke arah bertentangan sehingga lah aku sedar aku memang sudah salah arah. Dalam perjalanan itu, aku nampak sebuah lagi kem yang dipanggil Phuket Top Team.

bersambung..

 
Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Pelindung Gusi. Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.

Isnin, Mac 07, 2011

Lama Betul!..

 
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Tunggu apa lagi?
 
Lama betul tak kemaskini blog ni.  Maaf ya. Tiada siapa yang boleh dipersalahkan melainkan tuan punya blog ini sendiri. Akaun Streamyx yang tidak diselenggara buat seketika menyebabkan aku terputus hubungan dengan blog Kickboxing Jom!


Lama betul tak keluar negara. Kali terakhir aku keluar negara adalah ke Singapura untuk menonton perlawanan akhir The Contender Asia pada April 2008. Best betul! Dapat tengok Yodsanklai dan John Wayne Parr secara langsung!

Azam Kickboxing aku tahun 2011, aku hendak ambil satu percutian ke sebuah pulau di Thailand bertemakan Muay Thai. Bulan lepas, ada jualan murah di laman web AirAsia, jadi, aku belilah tiket ke Phuket bernilai RM33 sehala perjalanan. Jumlah bayaran yang perlu dibayar termasuk kos pergi-balik, cukai lapangan terbang, bagasi, Skybus, dan fi kemudahan web mencecah lebihkurang RM250. Bagaimanapun, cabaran ketika itu adalah di segi kewangan. Akaun bank aku memang menyedihkan, tetapi, walaubagaimanapun, aku ada banyak simpanan wang syiling kat rumah. Jadi, aku satu hari, aku telah membawa satu beg berisi RM300 dalam bentuk 50 sen dan 20 sen ke akaun bank RHB aku. Berat sungguh! Lama juga aku berdiri di kaunter sambil tunggu syiling aku di keluarkan dari kantung-kantung plastik ke mesin pengira wang syiling. :) Aku rasa, pegawai di kaunter, sedikit tertekan kerana terpaksa melayan aku. Tapi, aku puji kerana dia tetap memberi senyuman dan melayan aku dengan baik. Syabas! Selepas selesai masukkan duit aku ke akaun, baru aku selesaikan transaksi di laman web AirAsia.  InsyaAllah aku akan terbang ke sana pada bulan Jun ini.


Sebelum aku beli tiket perjalanan, aku ada membuat sedikit kajian tentang kem-kem latihan Muay Thai di internet. Aku telah terjumpa lalu membeli sebuah ebook Thailand Training Guide sebagai panduan untuk memilih kem-kem latihan yang tumbuh bagai cendawan di serata Thailand. Aku hendak mengurangkan risiko membuat pilihan yang salah dan memastikan yang percutian Muay Thai aku selama dua minggu di Phuket nanti akan menjadi pengalaman baik dan indah untuk aku kongsi nanti. Ada sesiapa hendak ikut? Jumpa disanalah nanti ya! :)


Oh ya! Perbelanjaan aku disana nanti akan menggunakan hasil komisen jualan Muay Thai yang aku dapat selama ini masih terperap di tempat lain, bukan di akaun bank tempatan. Jika hendak mengetahui dengan lebih lanjut, sila ke lawan web The Muay Thai Niche. Sekiranya berminat untuk segera menyertai program affiliate mempromosi barangan Muay Thai, boleh terus daftar disini.



  
Bookmark and Share
 
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.

Sabtu, Julai 10, 2010

Gym Muay Thai Baru

 
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Tunggu apa lagi?

 Baru tadi aku melawat sebuah gym Muay Thai baru di Solaris, Mont Kiara. Tahniah buat Merican Muay Thai yang kini sedia menerima ahli baru yang berminat ingin mempelajari seni Muay Thai. Dengan kelengkapan sebuah gym Muay Thai yang moden, selesa dan bersih, dan jurulatih nak muay yang berstatus juara dunia, kemunculan Merican Muay Thai pasti akan memberi impak yang hebat dalam dunia Muay Thai tempatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gym baru ini, sila layari laman Merican Muay Thai.

Selamat dan Tahniah aku ucapkan.

 


Bookmark and Share
  
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.