Memaparkan catatan dengan label Kickboxing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kickboxing. Papar semua catatan

Isnin, Mac 07, 2011

Lama Betul!..

 
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Tunggu apa lagi?
 
Lama betul tak kemaskini blog ni.  Maaf ya. Tiada siapa yang boleh dipersalahkan melainkan tuan punya blog ini sendiri. Akaun Streamyx yang tidak diselenggara buat seketika menyebabkan aku terputus hubungan dengan blog Kickboxing Jom!


Lama betul tak keluar negara. Kali terakhir aku keluar negara adalah ke Singapura untuk menonton perlawanan akhir The Contender Asia pada April 2008. Best betul! Dapat tengok Yodsanklai dan John Wayne Parr secara langsung!

Azam Kickboxing aku tahun 2011, aku hendak ambil satu percutian ke sebuah pulau di Thailand bertemakan Muay Thai. Bulan lepas, ada jualan murah di laman web AirAsia, jadi, aku belilah tiket ke Phuket bernilai RM33 sehala perjalanan. Jumlah bayaran yang perlu dibayar termasuk kos pergi-balik, cukai lapangan terbang, bagasi, Skybus, dan fi kemudahan web mencecah lebihkurang RM250. Bagaimanapun, cabaran ketika itu adalah di segi kewangan. Akaun bank aku memang menyedihkan, tetapi, walaubagaimanapun, aku ada banyak simpanan wang syiling kat rumah. Jadi, aku satu hari, aku telah membawa satu beg berisi RM300 dalam bentuk 50 sen dan 20 sen ke akaun bank RHB aku. Berat sungguh! Lama juga aku berdiri di kaunter sambil tunggu syiling aku di keluarkan dari kantung-kantung plastik ke mesin pengira wang syiling. :) Aku rasa, pegawai di kaunter, sedikit tertekan kerana terpaksa melayan aku. Tapi, aku puji kerana dia tetap memberi senyuman dan melayan aku dengan baik. Syabas! Selepas selesai masukkan duit aku ke akaun, baru aku selesaikan transaksi di laman web AirAsia.  InsyaAllah aku akan terbang ke sana pada bulan Jun ini.


Sebelum aku beli tiket perjalanan, aku ada membuat sedikit kajian tentang kem-kem latihan Muay Thai di internet. Aku telah terjumpa lalu membeli sebuah ebook Thailand Training Guide sebagai panduan untuk memilih kem-kem latihan yang tumbuh bagai cendawan di serata Thailand. Aku hendak mengurangkan risiko membuat pilihan yang salah dan memastikan yang percutian Muay Thai aku selama dua minggu di Phuket nanti akan menjadi pengalaman baik dan indah untuk aku kongsi nanti. Ada sesiapa hendak ikut? Jumpa disanalah nanti ya! :)


Oh ya! Perbelanjaan aku disana nanti akan menggunakan hasil komisen jualan Muay Thai yang aku dapat selama ini masih terperap di tempat lain, bukan di akaun bank tempatan. Jika hendak mengetahui dengan lebih lanjut, sila ke lawan web The Muay Thai Niche. Sekiranya berminat untuk segera menyertai program affiliate mempromosi barangan Muay Thai, boleh terus daftar disini.



  
Bookmark and Share
 
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.

Ahad, Januari 03, 2010

Perlawanan Terakhir Masato


Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Tunggu apa lagi?

Pada 31 Disember 2009 yang lalu, berlaku satu perlawanan penting pada kejohanan K-1 Dynamite 2009 di negara matahari terbit. Perlawanan ini adalah perlawanan terakhir seorang jaguh Kickboxing Jepun, yang telah mengisytiharkan persaraannya dari arena Kickboxing pada kemuncak kerjayanya.  Nama yang sinonim dengan kejohanan K-1 Max itu ialah, tidak lain dan tidak bukan, Masato Kobayashi, atau lebih dikenali sebagai Masato.

Untuk perlawanan terakhirnya, Masato telah menjemput Juara K-1 Max 2009, Giorgio Petrosyan untuk bertarung di gelanggang. Walaubagaimanapun, kecederaan tangan Petrosyan dalam merebut kejuaraanya itu telah memaksa beliau berundur daripada pertembungan di atas gelanggang menentang Masato. Jadi, untuk perlawanan terakhir ini, Masato telah bertemu juara K-1 Max sebanyak dua kali, yang telah tewas di tangan juara tahun ini, Andy Souwer.

Andy Souwer, sememangnya bukan calang-calang lawan. Masato telah ditewaskan oleh Andy Souwer sebanyak dua kali pada kejohanan K-1 Max 2006 dan 2007, maka sememangnya pada perlawanan ini, perlawanan terakhirnya adalah peluang terakhir Masato untuk membalas kekalahannya kepada Souwer.

Perlawanan yang sangat menarik dengan pameran skil peringkat tinggi telah ditonjolkan oleh kedua belah pihak. Saksikannya sekarang!

Bahagian 1


Bahagian 2



Bagaimana? Apa pendapat anda? Sila berikan komen anda di ruangan komen ya! Semoga video diatas menaikkan semangat anda untuk berlatih Kickboxing.
Selamat berlatih dan Selamat Tahun Baru 2010.  Semoga anda berlatih dengan lebih bersungguh-sungguh pada tahun 2010 ini. Ajaklah rakan-rakan anda, ahli keluarga ataupun sesiapa yang anda jumpa dalam perjalanan ke studio latihan untuk berlatih Kickboxing bersama. Katakan kepada mereka...

...Kickboxing Jom!

Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Pelindung Gusi.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.

Jumaat, Januari 01, 2010

Lughotul Arabiyah dan Kickboxing


Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Tunggu apa lagi?

Salah satu perkara yang aku suka tentang studio Kickboxing tempat aku berlatih adalah ahli-ahlinya. Mereka mempunyai latar belakang yang berbeza-beza dari segi umur, pekerjaan, kaum, agama, kerakyatan dan bermacam-macam lagi. Perbezaan dan kepelbagaian ini membuatkan aku seronok untuk mengetahui lebih mendalam mengenai mereka. Jadi, aku boleh katakan yang aku datang ke studio Kickboxing bukan hanya untuk belajar Kickboxing atau ilmu bela diri, tetapi aku belajar mengenai macam-macam perkara seperti budaya dan juga bahasa mereka yang lain daripada aku.

Di studio tempat aku berlatih, ada seorang pelajar Universiti Malaya bidang kajian genetik yang berasal dari kota Makkah, Arab Saudi bernama Musa. Beliau, aku rasa masih baru menyertai studio latihan kami, barangkali sudah masuk bulan ketiganya bersama kami.  Setelah mengenali sedikit latarbelakangnya, aku menyatakan hasrat aku untuk belajar bahasa Arab. Sebenarnya aku pernah mengambil kursus bahasa Arab selama lebih setahun yang dianjurkan oleh Unversiti Islam Antarabangsa di Petaling Jaya, tetapi kerana tiada peruntukan lebih dari segi kewangan untuk aktiviti ini, aku tidak lagi menyertai kelas belajar bahasa Arab. Setelah sekian lama, apa yang aku telah pelajari semakin hilang dari ingatan, kerana tiada lagi peluang interaksi dan latihan komunikasi dalam bahasa yang indah ini sebagaimana yang aku perolehi didalam suasana kelas bahasa Arab.

Jadi, aku cuba meminta bantuan saudara Musa untuk memberi sedikit pendedahan terhadap bahasa ini bila ada kesempatan dan beliau bersetuju asalkan aku benar-benar ingin mempelajari bahasa ini. Setiapkali aku bertemu saudara Musa di studio, beliau akan memberi aku beberapa patah perkataan dalam bahasa Arab yang ditulis didalam buku nota aku dan aku ditugaskan untuk mencari makna perkataan itu. Oleh itu, setiapkali sebelum aku meninggalkan pejabat untuk ke studio latihan, aku akan bertungkus-lumus menyelak buku tebal Kamus At-Tulab milik aku dan cuba sedaya upaya untuk menyiapkan tugasan mencari makna perkataan-perkataan yang diberi oleh guru bahasa aku yang baru ini, saudara Musa.

Shukran jazilan ya akhi Musa. Barakallahu fik.

Oh ya! Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua.

Bookmark and Share


Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Pelindung Gusi.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.

Selasa, Disember 29, 2009

Youtube.com dan Kickboxing


Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Tunggu apa lagi?

Aku ingat lagi semasa aku masih kemaruk berlatih Kickboxing di studio, aku akan datang ke studio berlatih menumbuk dan menendang beg beberapa jam sendirian. Hanya aku, pemain cakera padat, beg berat, dan beberapa peralatan lain yang menemani aku berlatih.

Tapi, apa yang buat aku bersemangat sangat hendak berlatih?  Kalau anda hendak tahu, salah satu jawapannya adalah melawat laman video Youtube.com :-)

Image representing YouTube as depicted in Crun...Image via CrunchBase
Youtube.com menjadi salah satu sumber inspirasi dan sumber maklumat penting tentang Kickboxing. Bermacam-macam maklumat berkaitan Kickboxing seperti acara-acara menarik dan terkini, personaliti sukan dan teknik-teknik yang mereka gunakan.

Sebelum aku terjebak dengan demam Facebook, aku dijangkiti demam Youtube buat sekian lama. Demamnya masih belum hilang lagi sebenarnya. Cuma ianya menjadi sedikit lengai kebelakangan ini.

Ada beberapa video yang sering membuat aku menjadi begitu bersemangat untuk berlatih selepas menontonnya.  Salah satu video yang paling berkesan menaikkan semangat Kickboxing aku ialah video kemuncak Ramon 'The Diamond' Dekkers yang dimainkan bersama lagu Eminem sebagai muzik latar.  Menonton video ini membuat jantung aku berdegup kencang dan tak sabar untuk bangun awal pagi esoknya untuk berlari beberapa kilometer sebelum memulakan latihan menendang dan menumbuk beg berat di studio Kickboxing sehinggalah aku tidak berdaya mengangkat kaki dan tangan aku lagi.



Bagaimana? Adakah anda mendapat kesan yang sama sebagaimana yang aku rasa?

Semoga tahun 2010 yang mendatang membawa azam baru dan semangat baru yang telah seketika agak merundum buat aku. Semoga video ini dan video-video Kickboxing lain di Youtube dapat membantu menaikkan kembali semangat anda ke arah yang sama seperti yang aku harapkan buat diri aku sendiri.

Selamat berjuang!




Bookmark and Share



Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Pelindung Gusi.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.


Reblog this post [with Zemanta]

Khamis, Disember 24, 2009

Hayunan Kaki Wanita


Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang!  Jangan tunggu lagi!

Pada hari Jumaat lepas, enam orang wanita berumur diantara 18 sehingga 30 tahun telah melepaskan sejumlah 3600 tendangan diantara jam 2 petang sehingga 10 malam dalam satu percubaan peringkat awal untuk memecahkan rekod-rekod jumlah tendangan yang telah dilakukan sebelum ini yang pernah dicatatkan di Malaysian Books of Records.

Kesemua wanita yang terlibat dalam percubaan ini telah menampakkan semangat juang yang tinggi dan tidak mengalah. Kejayaan mereka juga telah didorong oleh rakan-rakan sepelatih yang telah membantu dari segi masa, tenaga, sokongan moral dan teknik tendangan.



Dari Album Foto Saturnspider

Kickboxing Jom! mengucapkan syabas diatas kejayaan awal mereka. Tingkatkan semangat dan gandakan usaha kalian. Semoga rekod tendangan baru Malaysia mahupun Dunia bakal dipecahkan dengan jaya dan penuh gemilang.

Nantikan hayunan kaki wanita-wanita ini yang bakal menggegarkan tahun 2010 nanti!


Bookmark and Share




Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Pelindung Gusi.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.

Ahad, Disember 20, 2009

Denggi, Kickboxing dan Maria Gadis Koptik


Jualan Akhir Tahun! Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang!

Kebelakangan ini, aku lihat, siaran televisyen sering menyiarkan pesanan khidmat masyarakat tentang ancaman Denggi. Jadi, apabila amaran telah dikeluarkan, kita hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menghapuskan ancaman ini sebelum terlambat.  Tempat-tempat yang mungkin menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes hendaklah dibersihkan sebelum ianya menjadi ancaman terhadap kesihatan. 

Aedes aegypti
Image via Wikipedia
Baru-baru ini ada juga seorang kawan bertanya tentang tanda-tanda denggi, kerana dia mengesyaki yang dirinya telah dijangkiti.  Nasib baik dia hanya kena demam biasa sahaja. Aku sebenarnya panik juga apabila kawan aku suspek dirinya dijangkiti kerana aku tahu bagaimana rasanya menghidap demam Denggi. Sengsara.

Kejadian itu berlaku antara bulan Mei dan Jun 2008, tidak silap aku. Aku tidak berapa ingat bagaimana ianya berlaku. Pada satu malam, aku badan aku rasa menggigil dengan teruk. Demam panas, sakit otot dan sendi, cirit birit, muntah-muntah dan menggigil teruk. Memang malam itu, terlintas di fikiran yang ajal bakal menjemput. Begitulah rasanya. Sehinggakan, tiba-tiba, antara sedar dengan tidak, nyata dan mimpi, aku bagaikan terdengar suara memberitahu aku yang aku diberi satu lagi peluang. Jangan sia-siakan.

Alhamdulillah, pagi itu aku sedar dari tidur. Kepala aku terasa sakit yang amat sangat. Aku paksa diri aku untuk bangun untuk mendapatkan rawatan di klinik di bangunan pejabat tempat aku bekerja.  Ketika mendapat rawatan, Doktor mengatakan suhu badan aku sangat tinggi. Kesakitan kepala melampau yang aku alami membuatkan aku tidak sedar yang suhu badan aku sudah sangat tinggi. Doktor juga memberitahu aku tentang bintik-bintik merah yang kelihatan di  badan aku.  Doktor mengesyaki aku menghidap penyakit denggi dan mengarahkan aku untuk segera membuat ujian darah di SJMC.

Aku membuat ujian darah di SJMC dan hanya disahkan menghidap Denggi beberapa minggu setelah berulangkali membuat ujian darah di sana. Ada baiknya juga kerana, aku tidak perlu dimasukkan ke wad. Nasib baik juga bil perubatan aku dibiayai sepenuhnya oleh syarikat. Kalau tidak, memang aku tidak mampu membiayai kos rawatan aku sendiri. Aku bersyukur.

Semasa aku dijangkiti, aku dinasihatkan oleh Doktor di SJMC untuk berehat dan tidak melakukan apa-apa aktiviti yang berat dan intensif.  Ketika itu, aku sudah setahun menjalani latihan kickboxing dan aku dah masuk fasa kemaruk kickboxing.  Tapi apa kan daya. Aku memang tidak berdaya. Tiada kudrat dan kekuatan langsung walaupun untuk berjalan keluar untuk makan. Aku rasa, aku ambil masa lebih daripada sebulan sebelum aku dapat menjalankan latihan seperti biasa.

Aku juga teringat selepas mendapatkan rawatan awal di SJMC, aku perlu kembali ke pejabat untuk menyerahkan laporan Doktor SJMC kepada Doktor di pejabat, dan menyerahkan surat MC kepada majikan aku. Setelah itu, dalam perjalanan pulang, aku singgah di kedai buku Popular untuk membeli sebuah novel cinta Islami yang bertajuk Ayat-Ayat Cinta karangan Habiburrahman El Syirazy. Aku fikir, memandangkan aku mendapat cuti sakit yang lama, ada baiknya aku luangkan masa membaca novel yang masa itu sering diiklankan di kaca tv.

Aku mengambil masa dua hari untuk menghabiskan novel itu.  Memang sebuah karya yang hebat dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam diri aku. Sampai sekarang, aku masih teringat-ingat perbualan fiksyen antara Maryam Alaihissalam dengan Maria gadis Koptik di hadapan pintu syurga, Babur Rahmah. Terlalu sayu. Kenapa? Bacalah sendiri. Ya. Kickboxer juga punya perasaan. Walaupun karya ini telah difilemkan, aku sarankan anda menghayati cerita ini melalui novel. Pada pendapat aku, ianya berjuta kali lebih baik daripada menonton filem. Sangat menyentuh jiwa.

Dipendekkan cerita, ambil tindakan cepat untuk menghapuskan tempat pembiakan Aedes.  Sibuk dan tiada masa? Bulan ini dah tertulis, cuti setiap hari Jumaat.  Jadi, ada masa lebih untuk anda mengambil tindakan sewajarnya. Tiada Aedes, Tiada Denggi. Janganlah sampai dijangkiti Denggi kerana akibatnya, merana dan tidak dapat berlatih Kickboxing untuk tempoh masa yang lama. Tapi, sekiranya ditakdirkan anda dijangkiti juga, aku sarankan anda gunakan masa yang terluang untuk membaca novel karya Habiburrahman El Shirazy bertajuk Ayat-Ayat Cinta.  Sebuah karya hebat novel pembangun jiwa yang pasti meninggalkan kesan yang mendalam pada diri anda.  Sediakan sekotak tisu hampir dengan anda kerana air mata bakal berlinangan.

Semoga anda selamat sentiasa.


Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Pelindung Gusi.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
Reblog this post [with Zemanta]

Rabu, Disember 16, 2009

Permainan Online Muay Thai

Beberapa hari ini aku agak sibuk di tempat kerja. Kerja aku menganimasikan elemen grafik yang direka oleh pereka grafik berdasarkan papan cerita yang disediakan untuk menghasilkan montaj rancangan di stesen televisen tempatan.  Projek kali ini adalah sebuah rancangan sukan. Jadi, kelam kabut la sedikit hidup aku minggu ini kerana mengejar deadline yang begitu singkat kerana proses produksi kreatif yang barangkali tersangkut di peringkat mendapatkan kelulusan dari beberapa pihak seperti bahagian produksi dan bahagian penjenamaan, sebelum ianya sampai ke atas meja aku.

Jadi sepanjang hari di tempat kerja aku menumpukan perhatian penuh untuk menyiapkan tugasan aku.  Tetapi,  ketika proses Rendering, proses akhir menjanakan fail animasi untuk disiarkan, aku memang tidak dapat menggunakan mesin aku untuk projek atau tugasan lain. Jadi ada baiknya aku merehatkan minda dan melakukan proses detoksifikasi minda dengan bermain permainan online Muay Thai Kickboxing!




Permainan Muay Thai versi di atas, aku main di pejabat. Karakter permainan kelihatan seperti makhluk asing dan rasaksa.  Tetapi permainannya tetap layan!



Di rumah pula, aku cuba permainan Muay Thai versi yang kedua diatas.  Karakter lebih berupa manusia dan diselitkan juga irama Muay Thai sebagai muzik latar permainan. Aku rasa permainan versi baru ini kurang responsif pada kekunci yang aku tekan semasa dalam permainan. Mungkin aku patut cuba lagi di pejabat nanti. ;-)

Kekunci asas kedua-dua versi permainan ini agak mudah, Z untuk pertahanan, X untuk Tumbukan dan C untuk Tendangan. 

Satu hari nanti, sekiranya aku terpaksa membuat kerja lebih masa kerana mengejar deadline (minta dijauhkan), aku kini punya alternatif sementara untuk hari aku tidak dapat mengikuti latihan Kickboxing di studio, iaitu latihan Muay Thai jari-jemari dengan permainan online Muay Thai. Terima kasih kepada FreeOnlineGames.com.

Amaran! Tempoh sah penggunaan permainan online ini sebagai alternatif sementara latihan kickboxing ialah untuk satu malam sahaja. Jangan melebihi dos yang disarankan. Dikhuatiri mengakibatkan kemalasan berpanjangan.


Tunggu apa lagi? Cuba uji kemahiran anda dan sila kongsi pendapat dan mata markah yang anda berjaya perolehi melalui kotak komen dibawah.

Selamat Mencuba!


Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Pelindung Gusi
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.

Ahad, Disember 06, 2009

Jenayah Belakang Studio Kickboxing

Beware of snatch thiefImage by asmythie via Flickr
Aku teringat sekitar November 2007, aku telah menjadi mangsa jenayah. Tetapi jenayah apa, aku pun tak pasti nak kategorikan sebagai jenayah apa, samada kecurian biasa ataupun jenayah ragut. Aku tidak melaporkan jenayah ini ke pihak berkuasa.

Hari itu aku rasa ada kena mengena dengan cuti Deepavali. Barangkali esoknya adalah hari perayaan festival cahaya itu. Yang aku ingat, malam itu, aku perlu pergi menyiapkan sedikit kerja promo berkaitan rancangan yang bakal ditayangkan di stesen siaran bersama seorang Akak produser di pejabat.  Haihh.. memang aku tak gemar kerja lebih masa kerana ia mengganggu jadual latihan kickboxing aku. Masa itu, aku memang mengalami kemaruk kickboxing. Kerja lebih masa hanya akan membuatkan aku mengalami risiko kemurungan. Aku beritahu pada Akak produser yang aku akan kembali ke pejabat pada tengah malam. Dia pun, pada hari itu bekerja pada syif malam.

Jadi, malam itu, aku berlatih seperti biasa. Seronok dan lega kerana dapat berlatih Kickboxing seperti biasa. Ketagihan aku terhadap Kickboxing dapat dipuaskan malam itu. Setelah habis latihan, aku berjalan ke kereta aku yang aku letak di lorong belakang studio bersama seorang rakan Kickboxing bernama Mal untuk menumpangkan dia untuk ke keretanya sebelum pulang ke destinasi masing-masing.

Apabila aku masuk kedalam kereta, dan menghidupkan enjin, aku terasa bagaikan sesuatu sedang berlaku dibelakang aku. Aku toleh kebelakang dan melihat pintu belakang kereta aku dibuka. Seorang lelaki bertopi keledar telah membukanya lalu mencapai beg peralatan Kickboxing aku. Aku masih tidak pasti apa yang sedang berlaku. Aku mengambil masa 2 saat untuk otak aku memproses kejadian itu dan setelah itu, baru aku sedar, beg aku sedang dicuri dihadapan mata aku.

Lelaki itu pun terus bergegas ke motor yang sedang menunggu. Beliau yang membonceng telah melompat ke atas motor itu dan penunggang yang membawa motor itu terus memulas pemegang minyak untuk beredar dari situ.  Aku yang hanya mahukan beg aku kembali sempat menjerit "HOI! HOI!" dan berjaya mengejar dan menggenggam sambil cuba menarik beg aku. Tetapi aku tidak berjaya untuk melepaskan beg aku daripada genggaman penjenayah itu. Dalam keadaan motor itu sedang bergerak dan barangkali penjenayah itu sekadar melepaskan atau merendahkan beg aku sedikit, aku mendapati diri aku ketika itu telahpun berada di atas jalan raya dan sedang diseret sepanjang beberapa puluh meter. 

Sepanjang aku diseret, aku dapat melihat rakan aku itu masih di dalam kereta dan sekadar melihat kejadian yang menimpa aku dari situ. Bila aku toleh kehadapan pula, aku lihat sebuah lori sedang begerak menuju aku. Oleh kerana aku tidak ingin berada dibawah tayar lori yang sudah pasti sangat menyakitkan dan kemungkinan menghantar aku ke alam lain, aku pun melepaskan genggaman aku pada beg aku itu. Aku bangun, berdiri dan melihat motor dan penjenayah-penjenayah itu pergi dari situ. Aku dapat melihat pembonceng itu menoleh ke belakang dan matanya kelihatan terkejut. Barangkali kerana rambutku yang terlalu panjang ketika itu, dia mengagak mangsanya malam itu adalah seorang Akak dan kerjanya malam itu sepatutnya selesai dalam beberapa detik masa tanpa banyak masalah.

Ketika aku bangun dari jatuh, aku bangun dengan tenang, barangkali sedikit tersenyum mengenangkan yang penjenayah itu bernasib baik kerana berjaya melepaskan diri. Sekiranya tidak, tidak dapat aku bayangkan apa yang bakal berlaku pada salah seorang, atau kedua-dua mereka.  Aku dapat rasakan yang aku berada dalam keadaan tidak panik, tidak marah dan jantung aku berada dalam keadaan yang sangat normal. Aku pasti ini adalah hasil latihan intensif kickboxing yang aku telah lalui selama 6 bulan ketika itu.

Aku juga bersyukur kerana aku tidak cedera teruk, setakat luka dan calar di permukaan kulit, seluar yang koyak di bahagian lutut dan kocek, dan alat kawalan jauh kereta aku yang telah musnah dengan isinya yang telah hilang buat selama-lamanya.  Yang hilang juga hanyalah beg latihan aku yang berisi baju busuk yang lencun dengan peluh aku yang berbau masam, dan peralatan lain seperti pelindung kemaluan aku yang paling harum dalam dunia. Simpati aku kepada mereka kerana kerja mereka yang sia-sia. Mencuri itu kerja sia-sia, tetapi mencuri baju busuk dan pelindung kemaluan aku yang lembap dengan peluh dan penuh hormon feromon itu lagi lah sia-sia.  Aku berharap, akibat kecewaan dan malu digelakkan rakan-rakan pencuri mereka, mereka terus tunduk dan sujud bertaubat ke hadrat Ilahi dan bersumpah laknat tidak akan melakukan kerja terkutuk itu lagi.

Aku juga bersyukur kerana aku tewas pada ujian pertama aku. Sekiranya aku berjaya, aku mungkin berasa angkuh dan hebat kerana kejayaan aku menumpaskan penjenayah tersebut. Sekiranya aku berjaya, aku mungkin mengambil tindakan melampaui batas yang tidak sepadan dengan jenayah kecil mereka. Dan disebaliknya, apa yang perlu penjenayah itu lakukan untuk melepaskan genggaman aku daripada beg aku hanyalah menikam leher aku yang berada hampir padanya dengan senjata tajam. Sekiranya dia bersenjata berakhirlah riwayat aku di lorong gelap belakang studio Kickboxing pada malam itu. Aku bersyukur.

Dalam analisis ringkas aku tentang kejadian tersebut, sekiranya ia berulang lagi, aku perlulah mengambil tubuh penjenayah itu, seperti tengkuknya, sebagai sasaran dan cuba menjatuhkan dia, bukan sekadar cuba mendapatkan beg aku kembali. Aku jatuh kerana aku hanya mahukan beg aku kembali. Selain itu, aku perlu sensitif terhadap persekitaran aku, tidak leka, dan setelah masuk kedalam kereta, aku mesti terus mengunci pintu kereta aku.  Inilah langkah yang aku ambil sekarang setiap kali memasuki kenderaan kerana aku tidak ingin pisang berbuah dua kali.

Mal yang hanya melihat aku diseret dari dalam kenderaan aku, sekurang-kurangnya melaksanakan tugas seorang rakan dengan menyapu iodin yang sentiasa tersimpan didalam keretanya. Terima kasih aku ucapkan kepadanya sebelum kami mengambil haluan masing-masing. Aku pun bergerak menuju ke pejabat untuk menyambung kerja.

Akak produser yang menunggu aku berasa lega kerana aku datang juga dalam keadaan itu untuk menyiapkan kerja. Aku barangkali menyiapkan kerja aku dalam tempoh satu jam dan pulang sekitar jam 1 pagi.

Aku hanya mendapat rawatan doktor beberapa hari setelah kejadian kerana aku lebih selesa untuk ke klinik di pejabat, yang buka pada hari bekerja. Sementara menunggu hari kerja, aku hanya duduk dirumah mencuci luka, menyapu iodin dan berehat menonton TV.  Apabila aku berjumpa doktor pada hari kerja berikutnya, doktor mencuci luka aku lagi sambil meleteri aku kerana mengambil tindakan yang membahayakan diri.

"Tapi Doktor, aku cuma mahukan beg aku kembali. Itu saja." Aku menerangkan pada beliau.

Doktor Rohaya hanya mampu mengeluh sambil memasangkan balutan pada luka-luka aku.

Kisah ini pula menjadi bahan lawak pada rakan Kickboxing yang lain untuk beberapa ketika kerana mereka sangat pasti penjenayah itu tersilap sasaran dan menyangka aku seorang Akak kerana rambut aku yang panjang.

Tidak mengapalah. Biar kejadian itu menjadi iktibar bagi mereka. Malam itu, aku cuma mahukan beg aku kembali. Itu sahaja.



Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Pelindung Gusi
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
Reblog this post [with Zemanta]

Rabu, November 11, 2009

Tumbukan Uppercut

NEW YORK - DECEMBER 29: Mike Comrie #89 of the...Image by Getty Images via Daylife

Tumbukan Uppercut adalah senjata jarak dekat yang biasanya dilancarkan selepas melancarkan Jab ataupun Cross. Ia adalah serangan dari bawah dan naik kesasaran di badan atau dagu lawan. Ia hendaklah dilancarkan dengan pantas dan padu untuk membolehkan lawan dijatuhkan secara knockout.

Uppercut jarang digunakan sebagai serangan pemula kerana masalah jarak dan pergerakan yang mudah dibaca. Tetapi, Uppercut boleh dilancarkan dalam jarak yang sangat rapat seperti ketika bergelut ataupun ketika melepaskan diri daripada keadaan bergelut.

Untuk pengetahuan anda, dalam sukan Tinju, Uppercut sering dilancarkan dengan membawa turun badan untuk memberi kesan impak yang paling maksima pada lawan, tetapi, berlainan sedikit dengan sukan Muay Thai kerana cara begitu akan menyebabkan lawan dapat menyuapkan lutut ke muka anda.

Seperti melancarkan tumbukan Hook, mulakan dengan mengambil posisi Fighting Stance. Sekiranya pelatih menggunakan posisi Fighting Stance yang Ortodoks, tumbukan Uppercut menggunakan tangan kiri akan dipanggil Lead Uppercut kerana kedudukannya yang dihadapan, dan sebaliknya tumbukan Uppercut menggunakan tangan kanan akan dipanggil Rear Uppercut kerana kedudukan tangan yang berada di belakang.


Melancarkan Lead Uppercut (Penyentak)

Dari posisi Fighting Stance, badan dan kaki kanan dipusing sedikit ke kiri di atas bebola tapak kaki. Sambil memusing, tangan kanan diletakkan rapat diatas melindungi bahagian muka dan rusuk. Tangan kiri pula disorokkan rapat di bahagian pinggang dan berada dalam keadaan sedia untuk dilancarkan.

Apabila bersedia, pusingkan kaki kiri anda sebanyak 30 darjah kedalam, dan lancarkan tumbukan Uppercut tangan kiri, dengan pantas, padu dan tepat pada sasaran. Bahagian telapak tangan anda akan mengadap ke arah muka anda apabila tumbukan Lead Uppercut anda mengenai sasaran. Seperti melancarkan tumbukan yang lain, pastikan semasa Uppercut dilancarkan, anda mengaplikasi teknik pernafasan yang betul sambil tangan kanan anda melindungi muka dan rusuk kiri anda. Setelah itu, kembali ke kedudukan Fighting Stance dan bersedia untuk melancarkan serangan yang sama, yang lain ataupun mengambil langkah bertahan.


Melancarkan Rear Uppercut (Pemusnah)

Dari posisi Fighting Stance, pusingkan badan dan kaki kiri sedikit ke kanan di atas bebola tapak kaki. Sambil memusing, tangan kiri diletakkan rapat diatas melindungi bahagian muka dan rusuk. Tangan kanan pula disorokkan rapat ke bahagian pinggang, dan berada dalam keadaan sedia untuk dilancarkan.

Apabila bersedia, pusingkan kaki kanan anda sebanyak 30 darjah kedalam, dan lancarkan tumbukan Uppercut tangan kanan, dengan pantas, padu dan tepat pada sasaran. Bahagian telapak tangan anda akan mengadap ke arah muka sendiri apabila tumbukan Rear Uppercut anda mengenai sasaran. Diingatkan, jangan lupa mengaplikasi teknik pernafasan yang betul sambil tangan kiri anda melindungi muka dan rusuk kiri anda. Setelah itu, kembali ke kedudukan Fighting Stance dan bersedia untuk melancarkan serangan yang sama, yang lain ataupun mengambil langkah bertahan.

Berlatihlah menggunakan Lead Uppercut dahulu, dan Rear Hook anda kemudian. Setelah anda merasa selesa berlatih tumbukan ini secara berasingan, cuba berlatih menggunakan kombinasi tumbukan Lead Uppercut-Rear Uppercut berulang-kali.

Berusahalah dengan gigih. Selamat berjuang!

Blog ini ditaja oleh

Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.


Reblog this post [with Zemanta]

Isnin, November 09, 2009

Tumbukan Hook

Tumbukan Hook adalah serangan yang dilancarkan dari sisi. Ia adalah senjata yang versatail kerana ia boleh dilancar dari jarak tempur seperti mana Jab dan Cross dilancarkan, dan ia boleh juga dilancarkan dari jarak bergelut.

Tumbukan Hook sering mengenai sasaran tanpa disedari lawan dan boleh menyebabkan lawan tumbang secara knockout sekira tumbukan itu dilancarkan dengan betul dan tepat. Ia boleh dilancarkan secara bersendirian, secara kombinasi seperti Jab-Cross-Hook sebagai contoh.

Tumbukan Hook juga bagus digunakan sebagai serangan balas untuk bagi menangkap lawan yang sedang menyerang, dan ia juga boleh digunakan sebagai umpan untuk membolehkan lawan membuka ruang untuk serangan lain seperti Cross untuk mengenai sasaran yang sedang terbuka tatkala lawan sibuk melindungi diri daripada tumbukan Hook.

Seperti tumbukan Jab ataupun Cross, mulakan dengan mengambil posisi Fighting Stance. Sekiranya pelatih menggunakan posisi Fighting Stance yang ortodoks, tumbukan Hook menggunakan tangan kiri akan dipanggil Lead Hook kerana kedudukannya yang dihadapan, dan sebaliknya tumbukan Hook menggunakan tangan kanan akan dipanggil Rear Hook kerana kedudukan tangan yang berada di belakang.


Melancarkan Lead Hook

Dari posisi Fighting Stance, badan dan kaki kanan dipusing sedikit ke kiri di atas bebola tapak kaki. Sambil memusing, tangan kanan diletakkan rapat diatas melindungi bahagian muka dan rusuk. Tangan kiri pula sentiasa diangkat dan berada dalam keadaan sedia untuk dilancarkan.

Apabila bersedia, pusingkan kaki kiri anda sebanyak 30 darjah kedalam, dan lancarkan tumbukan Hook tangan kiri sambil buku lima diputarkan kedalam, dengan pantas, padu dan tepat pada sasaran. Bahagian telapak tangan anda akan mengadap ke bawah apabila tumbukan Lead Hook anda mengenai sasaran. Seperti melancarkan tumbukan yang lain, pastikan semasa Hook dilancarkan, anda mengaplikasi teknik pernafasan yang betul sambil tangan kanan anda melindungi muka dan rusuk kiri anda. Setelah itu, kembali ke kedudukan Fighting Stance dan bersedia untuk melancarkan serangan yang sama, yang lain ataupun mengambil langkah bertahan.


Melancarkan Rear Hook

Dari posisi Fighting Stance, pusingkan badan dan kaki kiri sedikit ke kanan di atas bebola tapak kaki. Sambil memusing, tangan kiri diletakkan rapat diatas melindungi bahagian muka dan rusuk. Tangan kanan pula diangkat dan berada dalam keadaan sedia untuk dilancarkan.

Apabila bersedia, pusingkan kaki kanan anda sebanyak 30 darjah kedalam, dan lancarkan tumbukan Hook tangan kanan sambil buku lima diputarkan kedalam, dengan pantas, padu dan tepat pada sasaran. Bahagian telapak tangan anda akan mengadap ke bawah apabila tumbukan Rear Hook anda mengenai sasaran. Diingatkan, jangan lupa mengaplikasi teknik pernafasan yang betul sambil tangan kiri anda melindungi muka dan rusuk kiri anda. Setelah itu, kembali ke kedudukan Fighting Stance dan bersedia untuk melancarkan serangan yang sama, yang lain ataupun mengambil langkah bertahan.

Berlatihlah menggunakan Lead Hook dahulu, dan Rear Hook anda kemudian. Setelah anda merasa selesa berlatih tumbukan ini secara berasingan, cuba berlatih menggunakan kombinasi tumbukan Lead Hook-Rear Hook.

Berusahalah dengan gigih. Selamat mencuba!

Blog ini ditaja oleh

Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.

Isnin, November 02, 2009

Kombinasi Jab-Cross

Anda telah berlatih menggunakan Jab, dan anda juga telah berlatih menggunakan Cross. Sekarang, cuba gunakan kombinasi kedua-dua tumbukan ini dalam satu serangan.

Sebagai contoh, dari posisi Fighting Stance, langkah kehadapan, lancarkan kombinasi 1-2 Jab-Cross, setelah itu, langkah kebelakang dan kembali ke posisi Fighting Stance. Cuba beberapa kali.

Setelah mencuba kombinasi diatas, tambah bilangan kombinasi Jab-Cross-Jab-Cross atau lebih mudah dipanggil Jab-Cross 4. Dari posisi Fighting Stance, langkah kehadapan, lancarkan kombinasi Jab-Cross 4, langkah kebelakang dan kembali ke posisi Fighting Stance. Semasa melancarkan kombinasi tumbukan, jangan lupa untuk pusingkan badan dan kaki diatas bebola tapak kaki sambil mengaplikasi teknik pernafasan yang telah dibincangkan sebelum ini. Cuba lakukan Jab-Cross 4 sebanyak beberapa set.

Setelah mencuba Jab-Cross 4, cuba pula kombinasi Jab-Cross 8 untuk beberapa set, dan seterusnya kombinasi Jab-Cross 16 beberapa set. Setelah itu, cuba pula kombinasi Jab-Cross 32 sebanyak dua hingga empat set. Akhir sekali cuba pula Jab-Cross 64 sebanyak satu atau dua set.

Latihan yang dicadangkan diatas akan membantu memperbaiki teknik tumbukan Jab, dan Cross dan pada masa yang sama membakar kalori dalam badan. Walaubagaimanapun, adalah penting untuk anda melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan sebelum latihan ini dijalankan. Teknik pernafasan juga adalah penting agar anda dapat mengekalkan stamina sepanjang latihan.



Anda boleh cuba latihan diatas tanpa sebarang kelengkapan dengan melakukannya secara tumbukan bayang atau Shadowboxing dihadapan cermin. Sekiranya anda berlatih di studio Kickboxing dan mempunyai kelengkapan lengkap seperti pembalut tangan, sarung tinju, anda boleh melakukan latihan tubi diatas secara berpasangan dengan rakan pelatih yang akan memegang focus pads sebagai sasaran. Anda juga boleh berlatih secara sendirian dengan melancarkan tumbukan kombinasi keatas beg berat yang anda boleh juga menganggapnya sebagai seorang rakan berlatih di studio. ;-)

Selamat berlatih!

Blog ini ditaja oleh

Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.

Jumaat, Oktober 30, 2009

Tumbukan Cross

Satu lagi senjata penting seorang pelatih Kickboxing adalah tumbukan Cross. Dalam kombinasi klasik satu-dua sukan ini, tumbukan Jab yang dibincang sebelum ini sering diikuti dengan tumbukan Cross kerana ia merupakan senjata ampuh yang kerap menyebabkan lawan tumpas secara knockout di gelanggang.

Walaupun Cross bertindak sebagai pemusnah lawan, harus diingat bahawa tumbukan ini tidak selaju tumbukan Jab. Lawan akan sempat melihat Cross datang kearahnya dan mengambil tindakan pertahanan seperti menepis atau mengelak sepenuhnya.

Seperti tumbukan Jab, mulakan dengan mengambil posisi Fighting Stance. Sekiranya pelatih menggunakan posisi Fighting Stance yang ortodoks, tumbukan Cross dilancarkan menggunakan tangan kanan, iaitu tangan yang berada di belakang. Dari posisi Fighting Stance, pusingkan badan dan kaki kiri dipusing sedikit ke kanan di atas bebola tapak kaki. Tangan kiri diletakkan rapat diatas pipi kiri sambil melindungi rusuk kiri. Tangan kanan pula sentiasa di angkat dan berada dalam keadaan sedia untuk dilancarkan.

Apabila bersedia, pusingkan kaki kanan sebanyak 30 darjah kedalam, dan lancarkan tumbukan kanan sambil buku lima diputarkan kedalam, dengan pantas pada sasaran. Seperti melancarkan tumbukan Jab, pastikan semasa Cross dilancarkan, anda mengaplikasi teknik pernafasan yang betul sambil tangan kiri anda melindungi muka dan rusuk kiri anda. Setelah itu, kembali ke kedudukan Fighting Stance dan bersedia untuk melancarkan serangan yang sama, yang lain ataupun mengambil langkah bertahan.

Berlatihlah dengan mengulanginya beribu-ribu kali sehingga sebati dalam diri anda.

Selamat berjuang!

Blog ini ditaja oleh

Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.

Rabu, Oktober 28, 2009

Tumbukan Jab

Jab adalah salah satu tumbukan yang paling penting dalam Kickboxing. Walaupun tumbukan jab bukan senjata yang paling kuat, ia adalah senjata tangan yang paling hampir dengan anggota lawan. Ia sesuai digunakan sebagai serangan pembuka bagi serangan yang seterusnya daripada anggota tangan yang lain ataupun kaki.

Ketika diserang lawan, tumbukan Jab yang lurus, mudah, dan laju, sesuai digunakan untuk mengganggu rentak lawan. Setelah serangan lawan dapat dipatahkan, tumbukan Jab seharusnya diikuti dengan serangan-serangan lain yang lebih bisa daripada tangan belakang mahupun kaki.

Secara asasnya, sekiranya pelatih menggunakan Fighting Stance yang ortodoks, tumbukan Jab dilancarkan menggunakan tangan kiri kerana ianya berada di hadapan, dan paling hampir pada anggota lawan. Dari posisi Fighting Stance, pusingkan badan dan kaki kanan dipusing sedikit ke kiri di atas bebola tapak kaki. Tangan kanan diletakkan rapat diatas pipi kanan sambil melindungi rusuk kanan. Tangan kiri pula sentiasa di angkat dan berada dalam keadaan sedia untuk dilancarkan.

Apabila bersedia, pusingkan kaki kiri sebanyak 30 darjah kedalam, dan lancarkan tumbukan kiri sambil buku lima diputarkan kedalam, dengan pantas pada sasaran. Pastikan semasa Jab dilancarkan, anda mengaplikasi teknik pernafasan yang betul sambil tangan kanan anda melindungi muka dan rusuk kanan anda. Setelah itu, kembali ke kedudukan Fighting Stance dan bersedia untuk melancarkan serangan yang sama, yang lain ataupun mengambil langkah bertahan.

Berlatihlah dengan mengulanginya beribu-ribu kali sehingga sebati dalam diri anda.

Selamat mencuba!

Blog ini ditaja oleh

Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.

Isnin, Oktober 26, 2009

Sarung Tinju untuk Kickboxing

Sarung tinju atau Boxing Gloves, adalah satu lagi kelengkapan yang penting dalam latihan Kickboxing. Ia adalah kelengkapan keselamatan yang perlu untuk menjaga tangan anda, yang terdiri daripada tulang-tulang kecil, daripada tercedera apabila menumbuk. Ia juga berperanan untuk menjaga keselamatan rakan-rakan pelatih daripada tercedera, apabila anda secara tidak sengaja tertumbuk mereka semasa latihan.

Sebagai pelatih baru, anda mungkin akan disarankan menggunakan bag glove, yang sesuai digunakan untuk latihan tubi menumbuk sasaran seperti beg berat, dan focus pad, yang biasanya digunakan dalam latihan Fitness Kickboxing. Ianya tidak sesuai untuk latihan lain seperti sparring kerana kurang ciri-ciri keselamatan seperti, kurangnya sokongan atau padding di sekeliling pergelangan tangan.



Bag gloves diatas, sebagai contoh, yang diperbuat daripada kulit asli, mempunyai span yang tebal, sesuai untuk menyerap impak keras yang terhasil ketika menumbuk beg berat, tetapi, tidak mempunyai perlindungan yang cukup untuk pergelangan tangan pelatih, sekadar tali getah elastik untuk membolehkan sarung tinju itu lekap pada tangan sepanjang latihan.

Apabila teknik menumbuk anda semakin maju, anda mungkin akan disarankan untuk menaiktaraf kelengkapan sarung tinju anda kepada jenis yang lebih selamat, yang dipanggil Training Gloves, ataupun Sparring Gloves. Ianya mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk tangan anda berbanding dengan Bag Gloves.



Training Gloves di atas sebagai contoh, yang diperbuat daripada bahan kulit sintetik, mempunyai lapisan padding yang penuh, di hadapan dan di belakang pergelangan tangan untuk membantu pelatih melancarkan tumbukan dengan teknik yang betul. Ciri-ciri Thumblok memposisikan ibu jari dan penumbuk pada kedudukan yang betul untuk mengurangkan risiko kecederaan. Dikeluarkan dalam saiz 12, 14 dan 16 auns dan ia juga dikeluarkan dalam pelbagai warna. Pengikat velcro di sekeliling pergelangan tangan membolehkan aksesori ini dipakaikan dan ditanggalkan dengan pantas dan mudah.

Tanyalah jurulatih anda dan minta pendapat mereka tentang sarung tinju yang sesuai untuk latihan Kickboxing anda. Tempat latihan anda juga mungkin menjual sarung tinju dan mempunyai polisi ketat yang menetapkan anda hanya menggunakan sarung tinju yang dijual di premis mereka sahaja.

Jagalah keselamatan tangan anda dengan memilih sarung tinju yang berkualiti yang dijual dengan harga yang berpatutan. Laburkan wang anda untuk membeli sarung tinju yang dapat mengelakkan tangan anda daripada tercedera, kerana sekiranya tangan anda tercedera ketika berlatih, bukan saja wang, tetapi masa anda juga terlebur kerana tidak dapat berlatih.

Aku percaya, tidak dapat berlatih akibat kecederaan akan mendedahkan anda kepada risiko kemurungan, lebih-lebih lagi apabila anda dah mula seronok mengikuti latihan Kickboxing dan mengikutinya bagai satu 'ritual' yang wajib dikerjakan setiap hari. Jaga-jaga ya!

Selamatkan tangan anda. Gunakan sarung tinju semasa berlatih Kickboxing.

Blog ini ditaja oleh

Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.

Jumaat, Oktober 23, 2009

Teknik Pernafasan

Satu perkara yang anda perlu tahu semasa berlatih Kickboxing ialah teknik pernafasan yang betul. Ianya perlu untuk mengelakkan diri anda daripada melihat bintang-bintang didalam studio, atau dengan kata lain, mengelakkan anda pitam semasa latihan sedang dijalankan. Selain daripada mengekalkan stamina semasa latihan, penggunaan teknik pernafasan yang betul juga membolehkan anda membuat serangan-serangan yang lebih kuat dan padu.

Cara bernafas yang betul ialah dengan menyedut udara melalui hidung dan menghembus keluar ia melalui mulut. Ia perlu dilakukan secara terkawal, iaitu, bernafas secara perlahan agar oksigen dapat dibekalkan secara maksima ke seluruh otot-otot anda yang sedang bekerja keras.

Jangan tahan nafas anda setiapkali melakukan serangan. Sebaliknya, lepaskan nafas anda dengan cepat sambil mengeluarkan bunyi seperti 'thsss' atau sebagainya. Kesannya, adalah tumbukan atau tendangan yang lebih kuat dan padu. Selain daripada itu, dengan mempraktikkannya, secara tidak langsung, anda akan memaksa diri anda untuk kembali menarik nafas.

Apabila sedang penat berlatih, anda mungkin akan lupa untuk bernafas dengan betul. Anda mungkin akan bernafas melalui mulut sahaja, dan tidak lagi menarik nafas melalui hidung. Elakkan perkara ini daripada berlarutan. Paksa diri anda untuk mengawal pernafasan anda agar ianya kembali teratur. Ingat, pernafasan yang betul ialah dengan menyedut udara melalui hidung dan menghembus keluar ia melalui mulut.

Selamat berlatih dan pastikan anda bernafas dengan betul!

Blog ini ditaja oleh

Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.

Rabu, Oktober 14, 2009

Memanaskan Badan dan Regangan

Dalam setiap sesi latihan Kickboxing, para pelatih perlulah membuat senaman memanaskan badan dan regangan terlebih dahulu. Kenapa? Aktiviti memanaskan badan dan regangan adalah perlu untuk;
  • Mengurangkan ketegangan otot dan menjadikan badan anda lebih relaks dan selesa ketika menjalani latihan
  • Membantu koordinasi badan anda agar pergerakan lebih bebas dan mudah
  • Menambah jarak dan lingkungan pergerakan anda
  • Mengelakkan kecederaan seperti ketegangan otot ketika menjalani latihan
  • Memberi isyarat kepada otot dan tubuh badan anda yang latihan Kickboxing yang intensif akan bermula
  • Membolehkan anda mengenali dan mengetahui kemampuan tubuh badan anda sendiri
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Kelegaan yang akan nikmatisetelah melakukannya
Anda perlu pastikan agar tidak melakukan regangan secara keterlaluan dan ambil masa antara 10 sehingga 30 saat untuk setiap regangan. Lakukannya sehingga anda merasa sedikit tegang di bahagian yang diregangkan dan relaks ketika menahan setiap regangan.

Jaga pernafasan anda agar ianya perlahan dan terkawal, tetapi, jangan tahan nafas ketika melakukan regangan.

Buat kiraan di dalam hati ketika melakukan setiap regangan. Ini untuk memastikan anda meregangkan otot tersebut secara optima. Setelah beberapa sesi, anda akan melakukan regangan mengikut rasa, tanpa perlu lagi membuat kiraan.

Otot anda dilindungi oleh satu mekanisme keselamatan yang dipanggil Stretch Reflex, di mana, setiap kali anda meregangkan otot secara keterlaluan, sistem saraf anda akan menghantar isyarat untuk mengecutkan otot tersebut untuk mengelakkannya daripada mengalami kecederaan. Bermakna, setiap kali anda meregangkan otot secara keterlaluan, hasil yang sebaliknya akan berlaku, otot anda akan dikecutkan.

Meregangkan otot secara keterlaluan atau melakukan lantunan ketika aktiviti regangan juga boleh menyebabkan anda mengalami kesakitan, dan kecederaan, kemungkinan akibat otot tersebut mengalami koyak yang halus.

Aktiviti regangan sepatutnya tidak menyakitkan, jadi tolaklah fahaman 'No Pain, No Gain' yang telah lama tersemat dalam minda, barangkali sejak anda di bangku sekolah lagi. Kesakitan ketika atau akibat aktiviti regangan mungkin menandakan yang tubuh badan anda telah mengalami kecederaan.



Gambarajah di atas (klik atas gambar untuk paparan lebih besar), adalah contoh regangan untuk aktiviti seni bela diri seperti yang dicadangkan didalam buku karya Bob Andersen Stretching, 20th Anniversary Revised Edition. Ia mengambil masa lebih kurang 17 minit untuk melakukannya.

Selamat mencuba! Elakkan kecederaan ketika berlatih dengan melakukan aktiviti Regangan sebelum dan selepas berKickboxing.

Kickboxing jom! Ikut aku pergi berlatih malam ni. :-)

Blog ini ditaja oleh

Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.

Isnin, Oktober 12, 2009

Lindungi Tangan Anda

Sudahkah anda mula mencari studio atau kelab kickboxing? Sudahkah anda menjumpai tempat latihan yang sesuai dengan anda? Sudahkah anda mendaftarkan diri anda di studio atau kelab latihan tersebut? Jika semua jawapannya adalah 'Ya', syabas aku ucapkan kepada anda.

Antara kelengkapan yang paling awal yang anda perlukan apabila mula menyertai sesi latihan Kickboxing adalah sepasang Pembalut Tangan atau Handwraps. Ia adalah aksesori sukan Kickboxing yang dililit membaluti sekeliling pergelangan, buku lima, dan kedua belah tangan anda. Ia bertindak melindungi tulang dan sendi di tangan ada sewaktu melakukan latihan menumbuk dalam sukan Kickboxing.



Pembalut Tangan atau Handwraps biasanya diperbuat daripada 100% kain kapas, ataupun campuran 67% nylon dan 33% kain kapas. Panjangnya pula biasanya lebihkurang 110-120 inci, ataupun 170-180 inci. Pembalut Tangan yang diperbuat daripada 100% kain kapas adalah lebih tahan lasak dan memberikan sokongan maksima kepada pergelangan, buku lima dan kedua belah tangan anda. Manakala Pembalut Tangan yang diperbuat daripada campuran nylon dan kain kapas pula boleh diregangkan dan lebih fleksibel meliliti sekeliling tangan anda, memudahkan anda memakainya dengan lebih kemas.

Aku mempunyai kedua-dua jenis Pembalut Tangan yang dinyatakan diatas. Secara peribadi, walaupun Pembalut Tangan yang diperbuat daripada 100% kain kapas dikatakan lebih tahan lasak, aku kurang menggemarinya kerana ia akan jadi tidak kemas setelah separuh masa kelas berjalan. Ini sangat mengganggu sesi latihan aku kerana terpaksa membuka dan mengemaskan kembali lilitan sekeliling tangan aku. Leceh! Pembalut Tangan campuran nylon dan kapas pula adalah lebih mudah dan kemas untuk dipakai sehingga akhir perjalanan sesi latihan.


Cara Memakai

Mula-mula, hulurkan tangan anda dengan tapak tangan kebawah dan jari-jemari anda dijarakkan antara satu sama lain. Kemudian, sangkutkan penyangkut di pangkal Pembalut Tangan itu ke ibu jari anda.



Setelah itu, lilitkan sekeliling pergelangan tangan anda sebanyak 2-3 kali lilitan dengan kemas. Jangan lilit pergelangan tangan anda terlalu ketat sehingga mengganggu perjalanan darah anda.



Kemudian, bawa lilitan itu melalui belakang tapak tangan anda ke sebelah luar telapak tangan di paras buku lima, dan lalukan ia di antara jari kelingking dan jari manis anda melalui belakang tapak tangan anda, ke pergelangan tangan dibawah ibu jari anda.



Dari situ, teruskan pula melalui tapak tangan anda ke celah antara jari manis dan jari hantu anda terus ke pergelangan tangan, di bawah ibu jari anda.



Ulangi langkah tadi ke celah jari seterusnya iaitu antara jari hantu dan jari telunjuk anda.



Dari situ bawa ia meliliti bawah ibu jari anda, melalui tapak tangan anda ke tepi jari kelingking anda.



Lilitkan pula sekeliling buku lima anda sebanyak 2-3 kali.





Selepas itu, dari paras buku lima sebelah jari kelingking anda, bawa lilitan itu melintang ke pergelangan tangan bawah ibu jari anda melalui belakang tapak tangan anda, kemudian, ke pergelangan tangan bawah jari kelingking anda, bawa melintang naik semula ke paras buku lima di sebalah jari kelingking anda (Perhatikan lilitan melintang membentuk silang 'X' di belakang tapak tangan anda).



Dari situ, bawa melalui tapak tangan anda ke sebelah jari kelingking di paras buku lima dan lakukan lilitan yang membawa bentuk 'X' itu sekali lagi. (Pastikan jari-jemari anda dijarakkan semasa ini dilakukan, dan sesekali kepalkan tangan anda dan jarakkan semula jari-jemari anda untuk memastikan lilitan adalah selesa dan kemas)



Akhirnya, habiskan lilitan itu di sekeliling pergelangan tangan anda dengan menutup kemas velcro yang disediakan di hujung Pembalut Tangan anda. Perlu diingatkan sekali lagi, jangan balut sekeliling tangan anda terlalu ketat sehingga mengganggu perjalanan darah anda.



Bagaimana? Mudah? Lindungi tangan anda, dan selamat mencuba!


Nota Tambahan

Sila ambil perhatian agar tidak memasukkan Pembalut Tangan anda bersama-sama pakaian yang lain terutamanya yang berwarna putih ataupun cerah. Ini kerana setiap kali aku rendam Pembalut Tangan aku, warnanya akan pasti luntur.

Blog ini ditaja oleh

Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.