Jadi sepanjang hari di tempat kerja aku menumpukan perhatian penuh untuk menyiapkan tugasan aku. Tetapi, ketika proses Rendering, proses akhir menjanakan fail animasi untuk disiarkan, aku memang tidak dapat menggunakan mesin aku untuk projek atau tugasan lain. Jadi ada baiknya aku merehatkan minda dan melakukan proses detoksifikasi minda dengan bermain permainan online Muay Thai Kickboxing!
Permainan Muay Thai versi di atas, aku main di pejabat. Karakter permainan kelihatan seperti makhluk asing dan rasaksa. Tetapi permainannya tetap layan!
Di rumah pula, aku cuba permainan Muay Thai versi yang kedua diatas. Karakter lebih berupa manusia dan diselitkan juga irama Muay Thai sebagai muzik latar permainan. Aku rasa permainan versi baru ini kurang responsif pada kekunci yang aku tekan semasa dalam permainan. Mungkin aku patut cuba lagi di pejabat nanti. ;-)
Kekunci asas kedua-dua versi permainan ini agak mudah, Z untuk pertahanan, X untuk Tumbukan dan C untuk Tendangan.
Satu hari nanti, sekiranya aku terpaksa membuat kerja lebih masa kerana mengejar deadline (minta dijauhkan), aku kini punya alternatif sementara untuk hari aku tidak dapat mengikuti latihan Kickboxing di studio, iaitu latihan Muay Thai jari-jemari dengan permainan online Muay Thai. Terima kasih kepada FreeOnlineGames.com.
Amaran! Tempoh sah penggunaan permainan online ini sebagai alternatif sementara latihan kickboxing ialah untuk satu malam sahaja. Jangan melebihi dos yang disarankan. Dikhuatiri mengakibatkan kemalasan berpanjangan.
Tunggu apa lagi? Cuba uji kemahiran anda dan sila kongsi pendapat dan mata markah yang anda berjaya perolehi melalui kotak komen dibawah.
Selamat Mencuba!
Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Pelindung Gusi
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan