Tengah hari semalam, ketika menikmati makan tengah hari, aku terbaca berita di surat khabar mengenai pasangan suami isteri yang menjadi mangsa jenayah ragut. Pasangan itu, yang baru pulang dari membeli sebuah anak patung untuk anak perempuan mereka yang berusia 15 bulan, telah diekori oleh sebuah motor yang dinaiki dua orang penjenayah ragut.
Dua peragut yang mengekori motorsikal pasangan itu kemudiannya merampas rantai leher si isteri sambil menendang motorsikal pasangan itu menyebabkan si suami hilang kawalan dan mengalami kemalangan. Si isteri yang tecampak kedalam sebuah parit dan berada dalam keadaan separuh sedar telah melihat si suami dalam keadaan terbaring tidak bermaya di jalan raya, mengambil nafas yang terakhir dan akhirnya tidak bergerak lagi. Si suami terkoban di depan si isteri, dan si isteri, ketika dirawat di hospital melahirkan kekecewaan yang amat sangat kerana tidak dapat menghadiri pengebumian suaminya yang tercinta.
Sebelum aku terbaca berita itu, aku sedang seronok kerana dapat menikmati makanan tengah hari yang berharga RM1.50. Tetapi, ketika sedang membaca berita itu, keseronokan itu telah bertukar menjadi kesedihan dan kemarahan yang membuak-buak. Aku paksa juga diri aku untuk menghabiskan makanan tengah hari aku itu walaupun makanan itu sebenarnya tidak banyak mana.
Wahai Sang Peragut. Kau memang tidak berhati perut. Kau tidak puas dengan meragut seutas rantai, kau ragut juga nyawa seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang dari membeli hadiah buat anak yang dikasihinya. Kau ragut kasih seorang suami dari isterinya. Dan kau ragut nyawa seorang ayah, tempat bergantung harapan seorang anak kecil. Sememangnya hanya satu sahaja yang aku harap akan berlaku kepada kamu. Kecelakaan dan kematian yang paling menyeksakan untuk kau secepat mungkin.
Tapi, aku ubah fikiran. Aku tidak mahu mendoakan kematian kau yang paling menyeksakan walaupun kamu menemui ajal digilis keretapi yang paling panjang di dunia.
Aku doakan semoga kau dikurniakan umur yang panjang bersama ibubapa, anak, cucu dan keluarga yang kau cintai. Tetapi aku doakan agar setiap malam, sepanjang hidup kau, kau akan terbangun dari mimpi ngeri yang kau mati dalam jenayah ragut, dan aku berdoa agar setiap satu daripada ahli keluarga yang kau sayangi mati terbunuh akibat jenayah ragut, di hadapan mata kau sendiri.
Inilah doa salah seorang daripada ramai rakyat Malaysia yang telah membaca berita yang menyayat hati ini. Buat keluarga mangsa, salam takziah aku ucapkan. Semoga roh yang pergi dicucuri rahmat dan tempatnya berada di samping orang-orang yang beriman.
Al Fatihah.
Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Pelindung Gusi.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
2 ulasan:
i read about this one, so kesian kan...
sangat2 kesian. teringat cite 'law abiding citizen'.
Catat Ulasan