Memaparkan catatan dengan label kombinasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kombinasi. Papar semua catatan

Isnin, November 16, 2009

Latihan Kombinasi Tumbukan Berpasangan


Jualan besar-besaran antara 50% sehingga 70%! Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Antara 1 sehingga 30 November. Jangan tunggu lagi!

Latihan kombinasi tumbukan secara berpasangan adalah latihan wajib di tempat aku berlatih. Ia biasanya dilakukan sebaik sahaja selepas aktiviti memanaskan badan dan regangan dilakukan. Ia juga masih boleh dianggap sebagai latihan memanaskan badan walaupun aktiviti memanaskan badan dan regangan telah dilakukan sebelum itu. Ini kerana latihan-latihan lain akan menyusul selepas itu.

Bersama pasangan latihan anda, salah seorang akan menumbuk manakala seorang lagi akan memegang sasaran yang dipanggil Focus Pad.  Pelatih yang menumbuk itu mestilah memakai Handwraps dan juga Sarung Tinju. Pelatih yang memegang Focus Pad pula hendaklah memberi tindak balas, menyambut tumbukan pasangan dengan Focus Pad, sambil memberi sokongan moral kepada pasangan menumbuk agar berjuang menumbuk sehingga tamat sesi latihan menumbuk.

Apabila sesi latihan menumbuk bagi pasangan yang menumbuk telah tamat, tukar peranan dengan pasangan anda.  Yang tadi menumbuk akan memegang Focus Pad, manakala yang tadi memegang Focus Pad akan menumbuk pula.

Antara kombinasi yang boleh anda cuba bersama pasangan latihan anda;
  • Jab-Cross-Jab-Cross
  • Jab-Jab-Cross-Cross
  • Jab-Cross-Lead Hook-Rear Hook
  • Jab-Cross-Lead Uppercut-Rear Uppercut
  • Jab-Cross-Lead Hook-Rear Uppercut
  • Jab-Cross 10
  • Lead Hook-Rear Hook 20
  • Lead Uppercut-Rear Uppercut 30
  • ... dan sebagainya
Cubalah latihan ini dan pelbagaikan kombinasi anda.

Selamat Berlatih!

Blog ini ditaja oleh

Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.

Isnin, November 02, 2009

Kombinasi Jab-Cross

Anda telah berlatih menggunakan Jab, dan anda juga telah berlatih menggunakan Cross. Sekarang, cuba gunakan kombinasi kedua-dua tumbukan ini dalam satu serangan.

Sebagai contoh, dari posisi Fighting Stance, langkah kehadapan, lancarkan kombinasi 1-2 Jab-Cross, setelah itu, langkah kebelakang dan kembali ke posisi Fighting Stance. Cuba beberapa kali.

Setelah mencuba kombinasi diatas, tambah bilangan kombinasi Jab-Cross-Jab-Cross atau lebih mudah dipanggil Jab-Cross 4. Dari posisi Fighting Stance, langkah kehadapan, lancarkan kombinasi Jab-Cross 4, langkah kebelakang dan kembali ke posisi Fighting Stance. Semasa melancarkan kombinasi tumbukan, jangan lupa untuk pusingkan badan dan kaki diatas bebola tapak kaki sambil mengaplikasi teknik pernafasan yang telah dibincangkan sebelum ini. Cuba lakukan Jab-Cross 4 sebanyak beberapa set.

Setelah mencuba Jab-Cross 4, cuba pula kombinasi Jab-Cross 8 untuk beberapa set, dan seterusnya kombinasi Jab-Cross 16 beberapa set. Setelah itu, cuba pula kombinasi Jab-Cross 32 sebanyak dua hingga empat set. Akhir sekali cuba pula Jab-Cross 64 sebanyak satu atau dua set.

Latihan yang dicadangkan diatas akan membantu memperbaiki teknik tumbukan Jab, dan Cross dan pada masa yang sama membakar kalori dalam badan. Walaubagaimanapun, adalah penting untuk anda melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan sebelum latihan ini dijalankan. Teknik pernafasan juga adalah penting agar anda dapat mengekalkan stamina sepanjang latihan.



Anda boleh cuba latihan diatas tanpa sebarang kelengkapan dengan melakukannya secara tumbukan bayang atau Shadowboxing dihadapan cermin. Sekiranya anda berlatih di studio Kickboxing dan mempunyai kelengkapan lengkap seperti pembalut tangan, sarung tinju, anda boleh melakukan latihan tubi diatas secara berpasangan dengan rakan pelatih yang akan memegang focus pads sebagai sasaran. Anda juga boleh berlatih secara sendirian dengan melancarkan tumbukan kombinasi keatas beg berat yang anda boleh juga menganggapnya sebagai seorang rakan berlatih di studio. ;-)

Selamat berlatih!

Blog ini ditaja oleh

Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.