Tumbukan
Hook adalah serangan yang dilancarkan dari sisi. Ia adalah senjata yang versatail kerana ia boleh dilancar dari jarak tempur seperti mana
Jab dan
Cross dilancarkan, dan ia boleh juga dilancarkan dari jarak bergelut.
Tumbukan
Hook sering mengenai sasaran tanpa disedari lawan dan boleh menyebabkan lawan tumbang secara
knockout sekira tumbukan itu dilancarkan dengan betul dan tepat. Ia boleh dilancarkan secara bersendirian, secara kombinasi seperti
Jab-Cross-Hook sebagai contoh.
Tumbukan
Hook juga bagus digunakan sebagai serangan balas untuk bagi menangkap lawan yang sedang menyerang, dan ia juga boleh digunakan sebagai umpan untuk membolehkan lawan membuka ruang untuk serangan lain seperti
Cross untuk mengenai sasaran yang sedang terbuka tatkala lawan sibuk melindungi diri daripada tumbukan
Hook.
Seperti tumbukan
Jab ataupun Cross, mulakan dengan mengambil posisi
Fighting Stance. Sekiranya pelatih menggunakan posisi
Fighting Stance yang ortodoks, tumbukan
Hook menggunakan tangan kiri akan dipanggil
Lead Hook kerana kedudukannya yang dihadapan, dan sebaliknya tumbukan
Hook menggunakan tangan kanan akan dipanggil
Rear Hook kerana kedudukan tangan yang berada di belakang.
Melancarkan
Lead Hook
Dari posisi
Fighting Stance, badan dan kaki kanan dipusing sedikit ke kiri di atas bebola tapak kaki. Sambil memusing, tangan kanan diletakkan rapat diatas melindungi bahagian muka dan rusuk. Tangan kiri pula sentiasa diangkat dan berada dalam keadaan sedia untuk dilancarkan.
Apabila bersedia, pusingkan kaki kiri anda sebanyak 30 darjah kedalam, dan lancarkan tumbukan
Hook tangan kiri sambil buku lima diputarkan kedalam, dengan pantas, padu dan tepat pada sasaran. Bahagian telapak tangan anda akan mengadap ke bawah apabila tumbukan
Lead Hook anda mengenai sasaran. Seperti melancarkan tumbukan yang lain, pastikan semasa
Hook dilancarkan, anda mengaplikasi
teknik pernafasan yang betul sambil tangan kanan anda melindungi muka dan rusuk kiri anda. Setelah itu, kembali ke kedudukan
Fighting Stance dan bersedia untuk melancarkan serangan yang sama, yang lain ataupun mengambil langkah bertahan.
Melancarkan
Rear Hook
Dari posisi
Fighting Stance, pusingkan badan dan kaki kiri sedikit ke kanan di atas bebola tapak kaki. Sambil memusing, tangan kiri diletakkan rapat diatas melindungi bahagian muka dan rusuk. Tangan kanan pula diangkat dan berada dalam keadaan sedia untuk dilancarkan.
Apabila bersedia, pusingkan kaki kanan anda sebanyak 30 darjah kedalam, dan lancarkan tumbukan
Hook tangan kanan sambil buku lima diputarkan kedalam, dengan pantas, padu dan tepat pada sasaran. Bahagian telapak tangan anda akan mengadap ke bawah apabila tumbukan
Rear Hook anda mengenai sasaran. Diingatkan, jangan lupa mengaplikasi
teknik pernafasan yang betul sambil tangan kiri anda melindungi muka dan rusuk kiri anda. Setelah itu, kembali ke kedudukan
Fighting Stance dan bersedia untuk melancarkan serangan yang sama, yang lain ataupun mengambil langkah bertahan.
Berlatihlah menggunakan
Lead Hook dahulu, dan
Rear Hook anda kemudian. Setelah anda merasa selesa berlatih tumbukan ini secara berasingan, cuba berlatih menggunakan kombinasi tumbukan
Lead Hook-Rear Hook.
Berusahalah dengan gigih. Selamat mencuba!
Blog ini ditaja oleh
Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.