Memaparkan catatan dengan label combat kickboxing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label combat kickboxing. Papar semua catatan

Sabtu, November 28, 2009

Sami Brooklyn, Bukit Fraser dan Ventolin


Jualan besar-besaran antara 50% sehingga 70%! Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Antara 1 sehingga 30 November. Jangan tunggu lagi!

Antonio Graceffo, Sami dari Brooklyn

Pada 31 Julai lalu, studio latihan tempat aku berlatih telah didatangi oleh seorang pengembara senibela diri bernama Antonio Graceffo atau lebih dikenali di alam maya sebagai the Brooklynmonk.  Tujuan kehadiran beliau ke Malaysia adalah untuk mempelajari sedikit sebanyak tentang seni beladiri yang terdapat di negara ini dan merakamkan pengetahuan beliau untuk disebarkan melalui penulisan artikel majalah, buku, laman sesawang mahupun media sosial seperti Youtube dan Facebook. Beliau dikenali ramai melalui dokumentari seni beladiri di Youtube.com yang dipanggil Martial Arts Odyssey dan buku-buku mengenai seni beladiri Asia karangan beliau juga boleh didapati di laman Amazon.com




Aku sebagai jurulatih malam itu menerima kehadiran beliau dengan penuh rendah diri dan setelah diberitahu tujuan kehadiran beliau ke studio kami, untuk melihat cara latihan kami sebelum menemui Kru Jak untuk sesi temubual pada hari latihan yang berikutnya.  Latihan dijalankan seperti biasa dengan latihan tubi tumbukan, tendangan dan latihan kombinasi. Waktu berehat antara sesi latihan digunakan oleh Antonio dan seorang rakannya untuk membuat sedikit rakaman sesi temuramah dengan peserta latihan dan memberi komen tentang latihan yang beliau lalui.

Selepas sesi latihan, beliau mengajak aku untuk satu sesi sparring. Aku sebagai hos yang ingin memberi layanan terbaik pada tetamu, tapi aku juga hendak memastikan diri aku tercedera sparring dengan seorang yang aku tak biasa ber'sparring' kerana pagi esoknya, aku ada trip bersama rakan-rakan kickboxing untuk ke Bukit Fraser. Jadi aku pesan pada dia 'Sabai-sabai, Go slow' agar kekuatan serangan dapat dikurangkan sebanyak boleh. Antonio memberi isyarat kepada rakannya untuk memulakan serangan. Aku dalam hati, hanya mampu berkata "Alamak".

Rakaman kamera video biasanya membuatkan aku berusaha sehabis baik, tapi aku mesti cari jalan tengah kerana tujuan sparring dalam kickboxing bukan untuk menang, tetapi sebenarnya untuk memberi peluang kepada kedua peserta sesi Sparring untuk belajar menggunakan teknik, taktik, mencari kelemahan sendiri dan sebagainya. Aku tidak perlu menang atau tunjuk hebat, tetapi aku perlu melakukan sebaik mungkin kerana aku berandaian bahawa rakaman kamera akan memberikan persepsi kepada penonton tentang studio latihan aku, dan Kru aku.

Sparring pun bermula.  Mula-mula sesi sparring agak ringan. Tetapi bila perlanggaran mula berlaku, aku rasakan tumbukan yang diberi agak berat. Aduh! Sabai-sabai dia dan aku berada pada tahap yang berbeza. Masuk pusingan kedua aku agak kalut menahan serangan Antonio, dan pada pusingan ketiga aku sudah terlalu penat dan berasa bagai tak cukup nafas.  Tumbukannya yang berat dan mengenai bahagian kepala aku terutamanya memberi kesan secara tidak langsung kepada stamina aku.  Barangkali kerana rentak perlawanan dan rentak pernafasan yang tidak terkawal dan mula berterabur membuatkan aku cepat penat.

Walaupun prestasi aku dalam sesi sparring itu tidak memberasangkan, aku masih puas hati kerana aku dapat mempelajari sesuatu dan membuat sedikit kesimpulan daripada sesi itu. Diantaranya ialah;

  1. Berikan tumbukan jab-cross 64 kalau boleh kerana kombinasi 1-2-3 tidak mencukupi. 
  2. Tumbukan lawan yang mengenai sasaran akan mempengaruhi stamina dan rentak perlawanan aku, jadi, elakkan diri terutamanya bahagian kepala daripada menjadi sasaran lawan.
Selepas sesi sparring tamat, kami memberi salam hormat dan ucap selamat antara satu sama lain. Aku berterima kasih kepadanya kerana memberi peluang kepada aku untuk menimba sedikit ilmu dan pengalaman daripada pertemuan ini. Aku juga berterima kasih kepadanya kerana memberi komen yang baik dan positif mengenai pengalamannya bersama kami.



Selepas pertemuan yang singkat itu, aku membuat carian mengenai Antonio.  Aku dapati beliau boleh betutur dalam pelbagai bahasa, memulakan kerjaya sebagai tentera Amerika, menjadi pakar kewangan sehingga berlakunya serangan September 11, meninggalkan kerjayanya untuk mendalami ilmu beladiri Asia, satu perkara yang beliau idamkan setelah sekian lama, melatih dan berlatih tentera pemisah Wilayah Shan yang sedang menentang kerajaan tentera Burma, dan bermacam lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai personaliti menarik ini dan mengetahui projek beliau terkini, sila lawat laman sesawangnya di SpeakingAdventure.com atau profail BrooklynMonk1 beliau di Youtube.com.


Perjalanan ke Bukit Fraser

Keesokannya, aku dan sekumpulan Kickboxer dari studio kami berangkat ke Bukit Fraser dari studio kami di Subang untuk sesi latihan dan riadah di sana.  Kami berada disana selama 2 hari 1 malam untuk berlatih di air terjun, melakukan riadah bebas dan bersantai menikmati keindahan alam.

Sepanjang perjalanan, aku berasa sedikit lemah dan pening-pening lalat, barangkali kerana sesi sparring yang diadakan malam sebelumnnya bersama Antonio. Tidak mengapa, kerana perjalanan ini adalah sangat penting bagi aku. Kepentingan yang menjangkau luar lingkungan Kickboxing ataupun sebarang seni beladiri di dunia ini. Aku tidak boleh melepaskan peluang untuk menyertai lawatan ini.

Hari pertama di Bukit Fraser berlalu dengan baik. Kami menetap di Jelai Resort dan setelah menentukan bilik masing-masing, kami beramai-ramai bergerak menuju ke air Terjun dan belajar sedikit ilmu belati, dan menggunakan kain sarung sebagai senjata. Ya, dalam lawatan seperti ini, kami dapat belajar mengenai ilmu perang tradisional seperti Muay Boran ataupun Silat, bergantung kepada Guru Jak.  Pada sebelah malam pula, kami ada sedikit sesi permainan, yang lebih berperanan sebagai sesi ramah mesra antara peserta-peserta yang menyertai lawatan ini.  Beberapa hadiah yang menarik seperti peralatan Kickboxing juga ditawarkan kepada mereka yang memenangi permainan yang diadakan malam itu. Aku menang juga.



Aku melayan buih sabun di malam yang dingin

Besoknya pagi-pagi aku dah bangun dan aku mengambil peluang ini untuk keluar awal dan menikmati kedinginan pagi dan keindahan alam. Aku tidak keluar seorang. Selepas bersarapan, kami berpeluang melakukan aktiviti bebas, jadi aku dan beberapa rakan memilih untuk berkuda, memanah, dan menikmati durian di tanah tinggi. Memang seronok, tapi selepas itu, aku berasa semakin lemah.

Kami bergerak pulang petang itu. Selain hanya mampu membuat sedikit lawak dan teka-teki yang diiktiraf kebodohannya, aku hanya mampu terbaring dan melelapkan mata sambil berusaha untuk bernafas secara normal. Ya. Berusaha. Saluran pernafasan aku, aku rasakan semakin sempit. Aku agak, ini berlaku kerana berada didalam air terjun yang sejuk terlalu lama.  Sepatutnya aku memandu kereta, tetapi keadaan  diri dan kesihatan aku tidak mengizinkan.

Ventolin Evohaler

Besoknya aku pergi ke pejabat, bukan untuk bekerja, tetapi untuk ke klinik di bangunan pejabat mendapatkan rawatan.  Doktor mendapati pernafasan aku tidak normal kerana mengeluarkan bunyi bersiul semasa beliau menekapkan stetoskop beliau di belakang badan aku. Beliau bertanya mengenai sejarah kesihatan aku dan aku berkata aku tidak pernah menghidap penyakit lelah, tetapi, simptom penyakit amat jelas kedengaran. Buat pertama kali, aku diberi preskripsi Ventolin Evohaler, sebagai rawatan. Aku diberi demonstrasi penggunaannya sebelum keluar dari bilik Doktor.

Aku diberi cuti selama dua hari.  Malam itu aku tidak dapat menghadiri latihan Kickboxing, dan aku dapat tahu kemudian yang Antonio hadir untuk melakukan rakaman dan temuramah bersama Guru Jak mengenai seni Tomoi dan Silat.  Guru Jak memberitahu aku sekiranya aku hadir malam itu, lebih banyak teknik yang boleh dipersembahkan kepada Antonio, Si Sami dari Brooklyn.  Tetapi, apakan daya, sudah nasib badan.  Aku juga rasa bertuah kerana diberi perhatian dan penjagaan sepanjang dua hari aku terlantar.

Beberapa hari yang sukar dilupakan, pertemuan dengan seorang pengembara  yang meninggalkan kerjaya setelah menyedari hidup ini adalah terlalu singkat untuk mengejar kekayaan semata. Sesi sparring yang meninggalkan kesan, memberi pengajaran dan pengalaman berguna kepada aku. Menikmati keindahan alam bersama rakan-rakan dan Teman. Paling penting dan tidak boleh aku lupakan ialah tentang keprihatinan dan kasih sayang.



Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Pelindung Gusi.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.

Jumaat, November 13, 2009

Tanda-tanda Anda Kemaruk Kickboxing


Jualan besar-besaran antara 50% sehingga 70%! Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Antara 1 sehingga 30 November. Jangan tunggu lagi!


Tanda-tanda Anda Kemaruk Kickboxing adalah;
  • Setiap hari, anda akan membuat carian Google untuk topik Kickboxing.
  • Setiap hari, anda akan ke Youtube mencari video berkaitan Kickboxing.
  • Setiap kali anda Facebook, anda akan berkomunikasi tentang Kickboxing.
  • Setiap kali anda kerja lebih masa, anda akan berasa gelisah, takut tidak dapat berlatih Kickboxing.
  • Setiap kali anda melintasi cermin, anda akan berhenti sebentar, mengambil posisi Fighting Stance, dan melakukan Shadow Boxing.
  • Setiap kali anda memberhentikan kereta anda di lampu merah, anda akan melakukan Shadow Boxing pelbagai kombinasi Jab-Cross-Hook-Uppercut.
  • Setiap kali anda melihat tiang, anda rasa nak membuat sepak layang.
  • Setiap kali anda bertemu rakan, anda mengacah hendak melakukan tendangan lutut ke hulu hati, atau Jab ke hidung dan Uppercut dagu rakan anda itu.
  • Setiap kali ada perlawanan Kickboxing, anda akan membuat trip bersama rakan-rakan seperjuangan untuk menyaksikan perlawanan, walaupun perjalanannya jauh dan pada keesokan harinya anda terpaksa berkerja seperti seorang Zombie yang tak cukup makan.
  • Setiap hari, anda ke KickboxingJom.blogspot.com sebelum memeriksa E-mel anda. :-)
Sekiranya semua ciri-ciri diatas telah dipenuhi, sila tinggalkan komen anda disini untuk mendapat sokongan moral dan menaikkan semangat lagi untuk berlatih Kickboxing.

Kickboxing Jom!

Blog ini ditaja oleh

Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.

Jumaat, November 06, 2009

Kickboxing untuk Pertempuran

Hari ini awal pagi lagi aku sudah keluar pergi Kuala Lumpur. Setelah bersarapan dengan seorang teman, aku melangkah ke Kinokuniya KLCC untuk meluangkan masa sementara menunggu masuknya waktu solat Jumaat.

Rambang juga mata kerana aku ada lebih dua jam setengah untuk melihat dan membelek buku-buku yang pelbagai jenis di situ. Salah satu buku yang aku terjumpa disitu adalah buku Combat Kickboxing : Realistic Self Defense oleh Pat O'Keefe.




Seingat aku, rasanya aku pernah ternampak buku ini dahulu, juga di Kinokuniya KLCC, tetapi, dalam keadaan berbalut, aku tak rasa teringin hendak meminta izin untuk membuka balutan buku dan melihat isi kandungannya. Mungkin, berpunca daripada persepsi aku melihat kulit buku ini dengan seorang yang berada di pertengahan umur, berkepala botak tengah, dengan belakang badan yang berbulu dan sedikit berlemak memakai seluar panjang dan pad di kaki melakukan aksi tendangan terbang, tidak membuat aku rasa teruja untuk melihat isi kandungan buku tersebut pada masa itu. Maafkan aku kerana mempunyai persepsi seperti majoriti konsumer di dunia ini.

Tetapi kali ini, aku lihat ia tidak berbalut. Jadi, aku fikir, alang-alang, mengapa tidak? Tak rugi pun.

Memang betul kata orang, Don't judge a book by its cover. Aku tidak sepatutnya membuat andaian yang buku itu tidak menarik, berdasarkan gambar di kulit buku itu. Aku rasa, penulis ini telah mempersembahkan sebuah buku yang mengaplikasikan latihan Kickboxing untuk senario pertempuran luar gelanggang yang realistik. Antara latihan yang digambarkan ialah seperti mematahkan serangan lawan apabila pelatih telah jatuh terbaring, senario satu lawan ramai, senario pertempuran di tangga, serangan awal untuk mematahkan serangan lawan yang bakal berlaku dan banyak lagi menggunakan teknik-teknik yang tidak dibenarkan didalam gelanggang.

Buku ini juga memuatkan latihan untuk mematahkan serangan bersenjatakan pisau. Tapi aku tidak berapa berkenan dengan cara yang ditunjukkan. Ia kelihatan sangat berbahaya lebih-lebih lagi sekiranya penyerang adalah seorang yang terlatih dalam seni permainan pisau. Tetapi, nasihat yang diberikan tentang bahaya serangan pisau adalah berasas. Di dalam topik itu, dilampirkan jadual kematian serangan pisau yang dibina oleh W.E Fairbairn, seorang tentera British yang telah mengasaskan sistem pertempuran Defendu. Sangat mengerikan, dan aku tersedar tangan aku seakan cuba melindungi leher aku, sewaktu melihat jadual itu yang memberitahu berapa saat masa diambil untuk seorang mangsa menemui ajal apabila urat di leher terputus akibat serangan pisau.

Banyak teknik-teknik didalam buku ini tidak boleh sama sekali digunakan di dalam gelanggang sukan Kickboxing. Tetapi, ilmu yang terdapat dalam buku ini adalah sangat berharga dan berguna apabila lebih-lebih keselamatan diri dan nyawa dalam keadaan terancam. Aku rasa buku ini sangat menarik terutama sekali apabila teringat semasa aku hendak mengikuti kelas Silat Harimau Berantai dulu, syarat yang dikenakan oleh guru aku ialah untuk mengikuti latihan Kickboxing sebagai asas.

Sememangnya, Kickboxing adalah sejenis aktiviti sukan yang mengajar kita asas yang baik untuk mempelajari seni bela diri yang lain.

Setelah aku menutup buku ini untuk meletaknya kembali ke rak jualan, aku melihat kulit belakang buku ini. Harga jualan yang dicatatkan adalah sebanyak RM77.++. Memang mahal buku ini, tetapi, jika berminat, anda boleh mendapatkannya juga secara online di Amazon.com. Lihat saja harga dibawah. ;-)

Selamat membaca!



Blog ini ditaja oleh

Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.