Rabu, Disember 02, 2009
Tendangan Croco
Sepak Layang kata orang Melayu, Roundhouse Kick kata orang Putih, Te kata orang Siam. Untuk tujuan entri ini, aku himpun ketiga-tiga ini menjadi satu jenis tendangan yang sama. Di studio Kickboxing tempat aku berlatih, tendangan ini dipanggil Croco, singkatan daripada Crocodile's Whip atau Libasan Ekor Buaya.
Tendangan ini mempunyai 3 sasaran secara amnya, tinggi, iaitu sasaran di bahagian kepala, tengah, iaitu sasaran di bahagian rusuk, dan rendah, iaitu sasaran di bahagian paha, atas sikit daripada paras lutut.
Untuk menggunakan tendangan Croco, secara asasnya, mulakan dengan mengambil posisi Fighting Stance. Sekiranya pelatih menggunakan posisi Fighting Stance yang ortodoks, tendangan Croco menggunakan kaki kiri akan dipanggil Lead Croco kerana kedudukannya yang dihadapan, dan sebaliknya tendangan Croco menggunakan kaki kanan akan dipanggil Rear Croco kerana kedudukan tangan yang berada di belakang.
Melancarkan Lead Croco
Dari posisi Fighting Stance, mulakan pergerakan dengan mengambil satu langkah kehadapan dengan kaki kanan dengan mengarahkan tapak kaki kanan anda hampir 90 darjah melintang ke luar. Pindahkan berat anda 45 darjah ke kanan iaitu arah libasan tendangan anda.
Secara asasnya, lancarkan serangan dengan mengangkat lutut kiri ke atas, lancarkan tendangan secara mendatar (seperti menghayun kayu besbol) ke arah sasaran, apabila mengenai sasaran, arahkan tendangan anda melintang kebawah bagaikan memotong sasaran anda dengan memusingkan pinggul dan badan anda untuk daya impak yang maksima. Pastikan anda mengambil langkah keselamatan dengan membawa bahagian atas badan anda kebelakang dan tangan kanan anda melindungi pipi kiri anda agar serangan balas lawan tidak mengenai sasaran. Setelah itu, kembali ke posisi Fighting Stance dan bersedia untuk melancarkan serangan yang sama, yang lain ataupun mengambil langkah bertahan.
Melancarkan Rear Croco
Dari posisi Fighting Stance, mulakan pergerakan dengan mengarahkan tapak kaki kiri anda hampir 90 darjah melintang ke luar. Pindahkan berat anda 45 darjah ke kiri iaitu arah libasan tendangan anda.
Seperti Lead Croco, Lancarkan serangan Rear Croco dengan mengangkat lutut kanan anda ke atas, lancarkan tendangan secara mendatar (seperti menghayun kayu besbol) ke arah sasaran, apabila mengenai sasaran, arahkan tendangan anda melintang kebawah bagaikan memotong sasaran anda dengan memusingkan pinggul dan badan anda untuk daya impak yang maksima. Pastikan anda mengambil langkah keselamatan dengan membawa bahagian atas badan anda kebelakang dan tangan kiri anda melindungi pipi kanan anda agar serangan balas lawan tidak mengenai sasaran. Setelah itu, kembali ke posisi Fighting Stance dan bersedia untuk melancarkan serangan yang sama, yang lain ataupun mengambil langkah bertahan.
Berlatihlah menggunakan Lead Croco dahulu, dan Rear Croco anda kemudian. Latihlah bersungguh-sungguh sehingga anda dapat merasakan betapa berkesannya tendangan ini keatas lawan atau musuh apabila teknik yang betul dapat diaplikasikan. Anda boleh berlatih bersendirian dengan menendang beg berat atau membuat tendangan bayang dihadapan cermin. Anda juga boleh berlatih bersama rakan pelatih dengan salah seorang memegang Shield sementara seorang lagi melakukan tendangan tubi. Lakukan secara bergilir-gilir.
Berlatihlah dengan gigih. Selamat mencuba!
Salam Hormat.
Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Pelindung Gusi.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan