Rabu, November 18, 2009

Kejohanan K-1 World Max 2009 - Akhir


Jualan besar-besaran antara 50% sehingga 70%! Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Antara 1 sehingga 30 November. Jangan tunggu lagi!

Pada 26 Oktober lalu, Kejohanan K-1 World MAX 2009 telah diadakan dan Giogio "The Doctor" Petrosyan, seorang kickboxer aliran Muay Thai telah ditabalkan menjadi juara setelah menewaskan Andy "The Destroyer" Souwer seorang kickboxer dari aliran Shootboxing yang pernah menjadi juara K-1 World Max sebanyak 2 kali pada tahun 2005 dan 2007. Kemenangan diberi kepada Petrosyan keatas Souwer secara kiraan mata.

Sebelum menemui Souwer, pada malam yang sama, Petrosyan telah menumbangkan Yuya Yamamoto, seorang kickboxer dari aliran Karate, pada pusingan pertama dalam masa 2:09 menggunakan tumbukan Right Hook, sebelum menemui Souwer.

Souwer pula terpaksa berhempas pulas dan bertarung sebanyak 5 pusingan dan terpaksa melalui pusingan tambahan sebelum menewaskan lagenda Muay Thai Buakaw Por Pramuk yang juga pernah menjuarai K-1 World Max sebanyak 2 kali pada tahun 2004 dan 2006.

Aku mula melihat kehebatan Petrosyan semasa membuat carian video di Youtube.com untuk perlawanan yang melibatkan Dzhabar "Gengkhis Khan" Askerov, seorang veteran The Contender Asia musim pertama.  Perlawanan K-1 World Max Final 16 antara Petrosyan dan Askerov membuat aku rasa sangat terpegun kerana aku rasa Dzhabar, Nak Muay yang sangat aku minati cara permainannya dan serangan padu yang sering memusnahkan lawan, kelihatan tidak mampu berbuat apa-apa keatas Petrosyan. Petrosyan yang mempunyai skill permainan yang tinggi itu, akhirnya menumbangkan Dzhabar dengan serangan lutut kirinya.

Saksikan perlawanan hebat antara Petrosyan dan Souwer melalui dua video yang dipaparkan dibawah. Semoga anda akan dapat manfaat daripada menyaksikan perlawanan ini, dari segi teknik, mahupun taktik perlawanan.

Bahagian Pertama


Bahagian Kedua


Bagaimana? Apa pendapat anda tentang perlawanan ini?

Blog ini ditaja oleh

Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.

Tiada ulasan: