Rabu, November 04, 2009

Pantas! Jangan Lembab!

"Gerak laju lagi!", "Tumbuk laju lagi!", "Badan macam engkau ni patutnya gerak laju lagi!" Itulah antara teguran-teguran yang diberi oleh Kru(Guru) aku bila aku kekadang berlatih sendirian menumbuk beg sambil menunggu waktu latihan berpasangan atau berkumpulan seterusnya bakal dijalankan.

Memang betul teguran Kru. Aku MEMANG lembab. Aku sebenarnya boleh bergerak lebih laju lagi. Tapi mungkin, aku tengah berangan jauh ketika itu, atau minda aku sekosong si Patrick, rakan baik Spongebob Squarepants. Aku tak boleh leka lagi dan aku mesti sentiasa peka dan paksa diri untuk bergerak dengan lebih pantas.

Kelembaban aku barangkali kerana sebelum terlibat dalam sukan Kickboxing ini, selama hampir 30 tahun, semua perkara, aku buat dengan perlahan. 'Selamba tak Rock'. Tiada siapa yang nak jerit kat aku untuk gerak dengan lebih pantas. Tapi, aku ingat lagi masa di kolej dulu, ada satu kali, rakan serumah aku tegur, "Weh, engkau jangan terhegeh-hegeh jalan perlahan macam ni, bayangkan nanti bila kau dah tua, lagi lembab kau bergerak nanti." Teguran yang satu kali itu, memang aku ingat sampai sekarang.

Insaflah wahai diri ini. Usahlah lembab lagi.

Kepantasan adalah salah satu kunci dalam kejayaan seseorang dalam Kickboxing, samada di dalam gelanggang, mahupun dalam pertempuran yang terpaksa dilalui apabila keselamatan terancam. Itu, aku yakin dan pasti. Kalau ada kekuatan, tapi serangan tak mengena kerana tidak cukup pantas, memang tak ada maknanya. Yang lebih pantas, akan dapat menumbangkan yang kuat tapi lembab.

Jadi, semasa berlatih, bersendirian atau berpasangan, sila ambil berat tentang kepantasan anda dalam latihan. Sebagai contoh, semasa berlatih tumbukan kombinasi Jab-Cross 64, daripada posisi Fighting Stance, maju ke arah pasangan berlatih anda untuk masuk ke dalam ruang tempur, gerak langkah ini mestilah dilakukan dengan pantas. Apabila berada didalam ruang tempur, lepaskan tumbukan kombinasi Jab-Cross 64 itu dengan pantas, tepat dan kuat, sambil mengaplikasikan teknik yang betul, dan menggunakan teknik pernafasan yang telah dibincang sebelum ini. Setelah 64 das tumbukan Jab-Cross yang pantas, tepat dan kuat itu dilepaskan, undur, jarakkan diri anda dari pasangan latihan anda untuk keluar dari ruang tempur dengan pantas. Kembali semula ke posisi Fighting Stance, dan bersedia untuk melepaskan 64 das tumbukan Jab-Cross yang seterusnya.

Selamat berlatih!

Blog ini ditaja oleh

Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.

Tiada ulasan: