Ahad, Januari 24, 2010
Sup Ayam Selepas Kickboxing Jom!
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Tunggu apa lagi?
Badan rasa tidak berapa sedap semalam. Aku sampai di studio latihan awal. Sementara menunggu kelas bermula lakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan. Setelah itu, aku capai tali lompat dan terus melakukan lompatan buat seketika sehingga Kru aku yang kebetulan berada disitu menyuruh aku berhenti dan melakukan latihan dengan Ceiling to Floor Ball, sebiji bola yang dihubungkan oleh dua tali yang disambung pada lantai dan siling.
Alat latihan yang juga dipanggil Double End Bag ini adalah sangat penting dalam latihan kerana ia melatih refleks pelatih. Apabila ia ditumbuk, ia akan datang balik menghentam ke muka sekiranya peninju itu tidak bergerak ataupun bertahan dengan menepis ataupun melindungi muka. Ketika latihan itu, Kru aku memberi beberapa arahan kombinasi tumbukan kepada aku. Bermacam-macam kombinasi latihan boleh dilakukan keatas alat ini. Bila serangan dilancarkan tepat, memang rasa seronok. Tetapi, sesekali, tumbukan kombinasi aku akan tersasar daripada bola dan Kru aku menasihatkan aku agar bertenang dan tidak perlu risau atau marah. Cuba dan cuba lagi. Ada sekali dalam latihan itu, aku telah ditumbuk di muka oleh bola itu kerana kecuaian aku, merendahkan tangan yang tidak menyerang. Padan muka aku sendiri!Tidak apa. Semoga aku akan ingat dan belajar dari kesilapan itu.
Aku berlatih dengan alat latihan ini sehingga waktu untuk latihan sebenar bermula. Penat juga rasanya. Kru aku juga berpesan kepada aku untuk berlatih dengan bola ini setiap kali aku sampai ke studio sebelum kelas bermula. Ianya lebih baik daripada berlatih dengan tali lompat atau Jump Rope. Latihan dengan bola ini akan memperbaiki teknik, dan ketepatan serangan tumbukan.
Selepas tamat kelas, badan aku rasa macam nak demam. Jadi, dalam perjalanan pulang, aku singgah sebentar ke Restoran Nasi Kandar Pelita di SS2, Petaling Jaya. Aku pesan sup ayam (dada), dicecah dengan roti, Teh 'C' kosong, dan segelas air suam yang aku masukkan sebiji tablet Redoxon yang mengandungi 1000mg Vitamin C dan 10mg Zinc, yang diberi oleh seorang teman dengan harapan badan aku akan rasa lebih baik keesokan harinya. Sedap, lega, dan sangat puas hati rasanya selepas sesi makan yang singkat itu. Alhamdulillah.
Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Pelindung Gusi.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan