Ahad, September 04, 2011
Percutian Muay Thai (Bahagian 1)
Pada bulan Jun yang lepas, aku telah membawa diri sendiri ke pulau Phuket selama dua minggu. Pada bulan Februari, AirAsia menawarkan harga tiket ke Phuket bernilai RM33 Aku pula memang berniat untuk melancong ke mana-mana destinasi ke luar negara sebelum berakhirnya kalendar separuh tahun 2011. Cuti-cuti Muay Thai.
Aku memang dah buat sedikit penyelidikan untuk mencari kem Muay Thai sesuai untuk aku cuba di Siam. Aku telah memilih sebuah kem di Phuket kerana aku bayangkan sebuah percutian Muay Thai di tepi pantai dan aku telah memilih kem Tiger Muay Thai. Selain daripada Muay Thai kem ini menyediakan kelas latihan Muay Boran, Krabi Krabong. tinju, MMA, latihan angkat berat, latihan BodyFit dan Yoga. Kem ini juga menyediakan perkhidmatan penginapan, pengangkutan untuk disewa, menjual dan menyewa peralatan dan kelengkapan latihan, makanan yang berdasarkan keperluan individu, dan berbagai lagi. Salah satu sebab kenapa aku pilih kem ini adalah kerana aku berminat untuk mengenali apa itu Krabi Krabong. Oleh sebab aku juga seorang pesilat, aku memang minat seni tempur tradisional bersenjata. Kos latihan di kem ini adalah 3000Baht seminggu.
Aku sampai disana pada hari Ahad. Pada hari itu memang tak ada kelas latihan Muay Thai tetapi aku diberitahu, kebetulan, ada kelas persendirian untuk belajar sukan Mixed Martial Arts (MMA). Jurulatihnya bukan orang tempatan tapi adalah seorang jurulatih Mat Salleh. Aku belum berminat atau bersedia untuk bergelut di atas tikar getah pada hari itu. Belum.
Setelah mendaftar di kem latihan, aku di hantar ke rumah tumpangan yang aku tempah untuk penginapan selama 2 minggu. Rumah tumpangan itu dipanggil Wallop House. Selesa. Biliknya luas, katilnya besar, ada alat penghawa dingin, peti sejuk dan TV satelit. Ada ASTRO! Aku kat rumah pun tak ada ASTRO, pergi Phuket dapat tengok ASTRO tiap-tiap hari, terutamanya saluran AFC, Asian Food Channel. Oh ya.. WIFI pun ada. Aku Skype dari sana tiap-tiap hari dan malam. Kadang-kadang guna iPhone, kadang-kadang guna iPad, kadang-kadang guna Macbook Pro yang aku bawa. Ada projek sampingan. Hehe.. Oh ya.. kos penginapan di situ adalah 4000Baht seminggu. Berbaloi.
Pemiliknya bernama Wallop. Dia seorang peminat sukan motor dan berniat untuk turun ke Sepang untuk menyaksikan perlumbaan motor tahun ini. Kalau tiada aral melintang. Hari itu dia telah menghantar aku ke Tesco untuk mendapatkan satu barang yang sangat penting. Aku terlupa bawa seluar dalam. Hehe. Ada satu saja, yang aku pakai hari itu. Dalam perjalanan, dia ada cerita yang dahulu pada usia remaja, dia adalah penuntut seni Muay Chaiya. Dia juga memberi tip-tip berguna untuk keselamatan, keselesaan dan tempat-tempat yang patut dilawati sepanjang aku disini.
Selepas mendapat rehat selama beberapa jam aku perlu pergi semula ke kem latihan untuk orientasi, melihat sekeliling kem. Tapi aku tiba ke kem lewat kerana silap arah berjalan kaki dari rumah tumpangan aku. Separuh jalan ke kem, timbul rasa ragu-ragu bila nampak kem Muay Thai lain. Dragon Muay Thai yang aku tak perasan wujud dalam perjalanan ke rumah tumpangan menaiki teksi tadi. Jadi, aku berpatah balik berjalan ke arah bertentangan sehingga lah aku sedar aku memang sudah salah arah. Dalam perjalanan itu, aku nampak sebuah lagi kem yang dipanggil Phuket Top Team.
bersambung..
Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Pelindung Gusi. Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
Langgan:
Catatan (Atom)