Khamis, April 01, 2010

Jalan-Jalan Tengok Muay Thai


Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Tunggu apa lagi?

Hujung minggu lepas, aku bersama beberapa rakan menyaksikan satu kejohanan Muay Thai Dunia Z1 yang telah dilangsungkan di Stadium Badminton Cheras. Memang agak lama juga aku tidak menonton perlawanan Muay Thai secara langsung. Kali terakhir yang aku ingat adalah di Kulim pada bulan 9 Mei 2009. Kalau tak silaplah.

Aku dulu memang rajin juga membuat road trip untuk menyaksikan perlawanan Muay Thai walau dimanapun ia diadakan di tanah semenanjung ini. Setakat ini, yang aku ingat aku pernah menonton perlawanan di Shah Alam, Taiping, Sunway, Titiwangsa, Cheras, Alor Setar, Kulim, Kota Bharu dan Singapura. Mana tahu, mungkin satu hari aku akan sampai ke ibukota Bangkok dan menyaksikan perlawanan Muay Thai secara langsung di sana.

Gambar ehsan dari Lani Saturnspider

Aku nak tulis nama-nama peninju Muay Thai yang aku tonton, yang aku ingat dan syok tengok, tapi ramai sangat. Banyak sangat perlawanan yang menarik. Maknanya, walaupun perjalanan yang aku ambil untuk menonton Muay Thai adalah jauh dan memerlukan sedikit perbelanjaan wang dan tenaga, tetapi boleh dikatakan semua perjalanan itu adalah berbaloi.Oklah, aku mengaku, ada satu kejohanan saja yang kurang menarik.

Kejohanan Muay Thai Z1 minggu lepas dianjurkan oleh BoxxEvent. Aku tidak menonton kesemua perlawanan malam itu tetapi aku rasa perlawanan yang mereka anjurkan memang yang paling menarik. Tak ada program merepek seperti pertunjukan fesyen seluar dalam, pertunjukan fitness tumbuk angin, konsert rock atau golongan pembesar menceceh panjang lebar sebelum perlawanan. Hanya perlawanan, lawan, lawan dan lawan. Habis lawan, pengumuman lawan seterusnya, lagu entri menandakan masuknya peninju kedalam gelanggang, sembah guru, lawan diiringi gendang dan serunai sehingga tamat masa ataupun sehingga salah seorang ditumbangkan.

Syabas aku ucapkan kepada mereka dan aku nak lagi. Oh ya, harga tiket juga berpatutan. Tengok Muay Thai jom!


Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Pelindung Gusi.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.