Sabtu, Mac 27, 2010

Cikgu Antonio


Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Tunggu apa lagi?

Malam tadi, satu sesi latihan Kickboxing telah diadakan bersama seorang guru jemputan, Antonio Graceffo, yang juga dikenali sebagai The Broolyn Monk, seorang pengembara senibeladiri yang dikenali ramai dikalangan pengamal dan peminat senibeladiri. Beliau dikenali melalui penulisan beliau dan juga rancangan MartialArts Odyssey di Youtube.

Aku tiba sedikit lewat ke studio latihan. Latihan yang beliau berikan agak intensif dengan latihan teknik-teknik menarik yang beliau pelajari sepanjang pengembaraan beliau di Asia untuk mendalami pelbagai seni beladiri di sini.  Antara aliran senibela diri yang beliau sebutkan tadi selain Muay Thai adalah Muay Chaiya, Muay Mae (kalau aku tidak silap dengar) Lethwei, Yawyan dan Bokator. Beliau juga telah menunjukkan sedikit sebanyak teknik-teknik pergelutan, variasi tendangan, dan teknik-teknik yang dibolehkan tetapi memberi kelebihan kepada pengamal yang bertempur di dalam gelanggang.

Satu perkara yang aku perlu ingat dalam sesi latihan bersama Cikgu Antonio pada latihan tadi adalah, prinsip pergelutan yang beliau pegang. Dalam pergelutan, jangan bergelut. Aku rasa, apa yang beliau maksudkan ialah, ketika dalam situasi pergelutan, bergelut hanya untuk memperoleh posisi serangan yang baik dan, Serang! Jangan panjangkan sesi pergelutan itu sekiranya tidak perlu.

Selamat.

Dapatkan barangan Muay Thai keperluan anda disini.

Jumaat, Mac 26, 2010

Stadium Badminton Cheras Jom!


Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Tunggu apa lagi?

Wah! Lama sangat aku tak kemaskini blog ni. Maafkanlah aku kerana terlalu lama mengabaikan blog ini. Ini memang masalah seorang blogger yang tidak arif mengurus masa. Ampun dan maaf dipinta.

Dalam entri kali ini, aku nak mengajak anda semua beramai-ramai ke Stadium Badminton Cheras pada 27 Mac ini untuk menyaksikan Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Z1 peringkat akhir.


Tak nak cerita banyak, kosongkan jadual pada hari itu, jam 8.30 malam sampai tengah malam. Rasai pengalaman yang mengujakan, sambil dapatkan sedikit-sebanyak teknik yang dipamerkan dalam perlawanan-perlawanan yang pasti mengasyikkan dan meriah malam itu.

Selamat!





Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.