Isnin, November 23, 2009

Latihan Muhammad Ali


Jualan besar-besaran antara 50% sehingga 70%! Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda sekarang! Antara 1 sehingga 30 November. Jangan tunggu lagi!

Muhammad Ali, walaupun bukan seorang kickboxer, beliau adalah seorang lagenda sukan tinju yang dikagumi ramai, dan menjadi model ikutan ramai ahli sukan termasuk yang berkecimpung dalam sukan Kickboxing.

Cover of "The Greatest"Cover of The Greatest

Muhammad "The Greatest" Ali adalah pemegang Kejuaraan Tinju Dunia sebanyak tiga kali dengan rekod kemenangan sebanyak 56 kali, kekalahan sebanyak 5 kali dan tiada keputusan seri. Beliau memperolehi 37 kemenangan melalui pukulan Knockout.  Beliau dilahirkan sebagai Cassius Marcellus Clay Jr pada 17 Januari tahun 1942 di Amerika Syarikat.

Latihan beliau dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan seperti pergerakan sisi ke sisi, memusingkan badan kiri ke kanan dan melakukan loncatan kecil. Aktiviti memanaskan badan dilakukan lebihkurang selama 15 minit.

Selepas aktiviti memanaskan badan, beliau melakukan Shadowboxing atau tumbukan bayang selama 3 minit sebanyak 5 pusingan. Fokus latihan ini adalah pada Footwork atau gerak langkah dan kepantasan tumbukan.  Beliau berehat selama 30 saat selepas setiap pusingan.

Latihan seterusnya adalah latihan beg berat.  Disini, beliau berlatih selama 3 minit sebanyak 6 pusingan.  Fokus beliau disini adalah kombinasi tumbukan dan latihan stamina. Beliau berehat selama 30 saat selepas setiap pusingan.

Selepas itu, latihan Sparring  dilaksanakan.  Tempoh latihan Sparring bergantung pada musim perlawanan.

Latihan seterusnya dipanggil Floor Exercises ataupun Senaman Lantai. Sesi ini ialah latihan pelbagai senaman selama 15 minit setiap senaman dan jumlah tempoh latihan ini adalah selama 300 minit. Antara latihan yang dibuat adalah si-tup dengan pergerakan mengayuh basikal, sit-up  menggunakan medicine ball, dan latihan mengangkat kaki dalam keadaan baring, Leg Raises.

Setelah itu, beliau berlatih menggunakan Speedbag selama 9 minit, diikuti rehat selama 1 minit.

Latihan seterusnya pula adalah lompat tali selama 20 minit.  Beliau melakukan latihan ini dengan bergerak ke hadapan, belakang, kesisi dan tidak melompat disatu tempat sahaja.

Latihan beliau diakhiri dengan latihan shadowboxing ringan selama 1 minit sambil berjalan.

Muhammad Ali tidak menggunakan sebarang pemberat untuk latihan beliau.

Semasa era kegemilangan beliau, beliau pernah mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk "I am the Greatest".  Bagaimanapun, selepas era kegemilangan Muhammad Ali sebagai juara tinju dunia, beliau dalam satu temuramah telah berkata, "Allah is the Greatest. I'm just a greatest boxer." Beliau juga pernah menarik balik sama sekali gelaran terhebat pada dirinya dengan berkata, "My health is in the hands of Allah, who has ways of testing us. Whatever happens, happens. I a'int the greatest, it's Allah. I gave myself a job. I work for God."





Daripada sebesar Gelanggang sehingga sekecil Gum Shield.
Dapatkan barangan Muay Thai idaman anda disini.
Reblog this post [with Zemanta]

Tiada ulasan: